ISTERI kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin meluangkan masa memasak di DapurPrihatin.
Beliau yang tiba tanpa protokol dilihat tidak kekok ‘bersilat’ di dapur dan bertungkus lumus menyediakan juadah untuk sukarelawan dan golongan yang memerlukan melalui inisiatif tersebut.
Aktiviti ini merupakan yang pertama disertainya sejak Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 30 Ogos lalu. -AZLAN ZAMBRY