Berita

Seronok Jadi Suami, FENDY BAKRY Bongkar Kisah Isteri

SEMOGA Fendy Bakry dan isterinya, Ayu bahagia hingga ke anak cucu. Amin...
- Diterbit 1 September 2020 9:03 AM MYT

PENGANTIN baharu, pelakon popular Fendy Bakry mengaku seronok akhirnya impian mahu menjadi suami kepada isterinya, Ayu menjadi kenyataan. 

Menurut Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, 32, Ayu terlalu istimewa buat dirinya. 

“Apabila ditanya tentang keistimewaan Ayu, banyak sebenarnya kelebihan yang ada pada dirinya. Saya rasa bertuah bertemu jodoh dengannya. 

“Antara kesitimewaannya adalah dia seorang yang suka menolong orang tanpa mengira apa hubungannya dengan mereka yang dibantu.

“Maksud saya, walaupun tiada hubungan cinta atau istimewa, dia tidak kisah untuk menolong saya atau sesiapa sahaja.

“Itu antara sifat keperibadian Ayu yang membuatkan saya tertarik dengannya,” katanya kepada Wilayahku. 

SEMOGA segala urusan Fendy sebagai suami dipermudahkan. Amin..

Fendy dan Ayu,27, selamat bernikah dengan hanya sekali lafaz di Dewan Setia Alam, Shah Alam, pada 30 Ogos baru-baru ini. 

“Alhamdulillah.. majlis nikah berjalan dengan lancar dan segalanya dipermudahkan. Syukur sangat.

“Insya Allah.. jika tiada aral melintang saya akan adakan majlis resepsi dan tidak lupa until menjemput rakan-rakan media meraikan hari bahagia kami.

“Rasanya majlis tersebut bukanlah dalam masa terdekat memandangkan kita semua masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selepas sah menjadi suami kepada Ayu, Fendy ada berkongsi berita gembira itu di instagram dan menyatakan mahu menjemput pihak media dan rakan-rakan ke majlis resepsinya nanti.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz abam score weh!!! Terima kasih buat adik beradik semua yang datang ke majlis kecil kami.

“InshaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak. Untuk masa sekarang abam mewajibkan yang mana perlu didahulukan.

“Jangan risau akan abang jemput semua media dan kawan-kawan yang selalu sokong abang. Takkan ada RSVP ok,” katanya yang popular menerusi drama bersiri Mr. Grey, Kan Ku Kejar Cinta Kamu, Voice Note, Kak Marr, Cinta Belum Tamat Tempoh dan banyak lagi.

Selain berlakon, Fendy juga menjalankan bisnes menjual Kuey Tiaw Goreng yang dimasak sendiri di gerai Bhenang Kitchen di sekitar Kampung Baru,Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas