Berita

Seorang maut,seorang ditahan dalam insiden tembakan

- Diterbit 13 April 2021 5:06 AM MYT

SEORANG disyaki suspek terbunuh manakala seorang lagi ditahan susulan kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di Tennessee Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, lapor Sputnik.

“Pegawai polis Knoxville bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan seorang lelaki yang mungkin bersenjata di Sekolah Tinggi Austin-East Magnet. Ketika cuba menghampiri suspek… beberapa tembakan dilepaskan… Seorang lelaki disahkan maut di lokasi kejadian, sementara seorang lagi ditahan untuk siasatan lanjut.

“Seorang pegawai polis cedera dan dibawa ke hospital tempatan. Tiada mangsa lain dikenal pasti,” menurut kenyataan jabatan polis Knoxville.  – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas