Berita

Sentiasa merendah diri, rahsia Jamal Abdillah kekal relevan

|JAMAL Abdillah muncul dengan lagu Neraca bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta
- Diterbit 19 Februari 2021 11:00 PM MYT

PENYANYI terkenal sepanjang zaman, Datuk Jamal Abdillah,61, menganggap tidak salah untuknya merendah diri berkolaborasi dengan bakat-bakat muda.

Lebih-lebih lagi kolaborasi ini membuktikan Jamal seorang penyanyi yang kekal relevan sepanjang zaman.

Buktinya, selepas bekerjasama dengan penyanyi muda Wany Hasrita, Jamal kini muncul dengan lagu Neraca kolaborasi bersama duo rapper yang juga komposer, Kmy Kimo dan Luca Sickta

“Apabila masuk studio, saya letak diri saya bawah sekali sebab mahu belajar daripada mereka. 

“Saya tak kisah orang cakap saya penyanyi lama tunduk kepada bakat muda. Saya sanggup. Janji ia untuk kebaikan bersama dan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat tercapai.

“Saya pun menumpang populariti mereka. Walaupun orang cakap saya lagenda, saya tidak kisah memumpang populariti mereka yang mana kita tahu karya mereka menjadi penerimaan anak-anak muda sekarang.

“Ini juga sebenarnya adalah cara saya untuk terus kekal dalam industri dan diterima oleh peminat-peminat muda,” akur Jamal Abdillah juga mengagumi bakat besar Luca dan Kmy Kmo.

JAMAL Abdillah muncul dengan lagu Neraca bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta

Neraca berkisarkan tentang kehidupan gejala sosial yang berlaku pada zaman sekarang disebabkan penyalahgunaan media sosial.

Apa yang menyedihkan, masyarakat seolah-olah ‘buta’ dan ‘menghalalkan’ kemungkaran yang yang dilakukan di hadapan mata.

“Lagu Neraca ini sebuah karya yang begitu mendalam dan mempunyai mesej yang sangat menyentuh hati. 

“Begitu juga dengan video muzik, ia penuh erti yang tersurat yang perlu dihayati. Mesej yang ingin disampaikan agak kuat. 

“Ia berkisar mengenai perjalanan manusia dalam menempuh peredaran masa sebagai manusia biasa. Banyak mesej bagus dan ditampilkan dengan keunikan yang lain daripada lain.

“Ia sekaligus membuatkan lagu ini sesuatu yang sangat bererti buat saya sebagai penyanyi era lama dalam penghasilan video muzik.

“Jadi, harapan saya untuk lagu ini sangat tinggi dan semoga ia diterima oleh pendengar muzik terkini, terdahulu dan ketika zaman saya. 

“Ini kerana lagu ini menggabungkan kedua generasi. Melodi dan muzik lagu ini agak unik termasuklah rap yang disampaikan sangat bermakna dan kena hayati serta diamalkan dalam rutin seharian,” ujarnya lagi.

Lagu Neraca boleh didapati di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, Deezer, KKBOX dan YouTube Music. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas