Berita

Senarai tempat awam yang diwajibkan pakai pelitup muka

ORANG ramai dinasihatkan supaya sentiasa memakai topeng muka untuk mengelakkan penyebaran wabak dan virus.
- Diterbit 7 Ogos 2020 6:09 AM MYT

BERIKUT adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:

  • Masjid, surau dan rumah ibadat
  • Majlis sosial
  • Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah
  • Hospital dan klinik
  • Pasar awam dan pasar tani
  • Pawagam
  • Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak
  • Restoran
  • Bengkel
  • Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
  • Pusat hiburan keluarga
  • Mana-mana tempat awam yang sesak

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata demikian kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut.

Kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu hanya akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas