Berita

Semakin Kurus, “Itu Jadi ‘Ketagihan’ Hidup Saya” – KEITH FOO

Skylar Raymond Foo.
- Diterbit 23 September 2020 1:51 AM MYT

PELAKON kacak Keith Foo mengaku badannya semakin kurus selepas berpisah dengan bekas isterinya, Kim Raymond. 

Ada yang mengandaikan kesedihan lalu membuatkan pelakon drama Ariana Rose ini semakin susut beratnya.

“Benar macam-macam andaian mula kedengaran apabila saya berjaya menurunkan berat badan. 

“Kalau yang mengikuti saya di Instagram sebelum berpisah lagi pasti tahu saya dalam misi menguruskan badan,” katanya yang menafikan perceraian menjadi punca badannya kurus. 

Menurut Keith Foo atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, antara sebab dirinya ‘memasang’ badan kembali adalah kerana mahu terus aktif dalam bidang seni.

KEITH Foo sering bersenam untuk memiliki bentuk badan yang menarik dan sihat

Untuk itu, Keith Foo ada mengamalkan pemakanan sihat dan rajin bersenam. 

“Saya tak boleh nafikan dengan bantuan produk makanan kesihatan, Cococurv sejak enam bulan lalu membantu saya membakar lemak dengan lebih cepat lagi. 

“Boleh dikatakan Cococurv menjadi cinta baru saya saat ini. Saya belum terfikir nak cari pengganti lain. 

“Selain itu, sejak kebelakangan ini memang rutin bersenam itu jadi ‘ketagihan’ hidup saya.

“Tak lengkap hari saya tanpa bersenam di gim, berjoging dan memanjat gunung. Jadi saya imbangi pengambilan Cococurv dengan aktiviti berpeluh.

“Berlari contohnya saya biasakan jadi rutin harian. Kalau tak sempat berlari saya memperuntukkan masa sekitar 30 hingga 45 minit di gim. 

“Tapi kalau ada masa, saya gabungkan kedua duanya sekali pada waktu tertentu. Sesekali saya pilih lokasi memanjat gunung untuk menambah stamina,” kata pelakon  kacukan India-Cina ini.

 

Demi Anak

Keith Foo akui, apa yang dilakukan sekarang adalah demi anak perempuannya, Skylar Raymond Foo, 3.

“Pada tahap dan zaman sekarang, soal menjaga badan itu bukan semata-mata nak nampak hebat dan cantik dalam gambar. Apatah lagi tunjuk bagus. Ia kini lebih kepada gaya hidup. 

“Saya buat semua ini juga demi survival dan kelangsungan dalam dunia seni. Sekian lama menyepi saya juga mahu tampil segar bersaing dengan bakat baru dan sedia ada secara positif.

KEKUATAN Keith Foo adalah anak perempuannya, Skylar Raymond Foo.

“Saya lakukan ini juga demi anak dan menambah kepercayaan terhadap diri,” katanya yang sebelum ini turut popular menerusi drama Love You Mr. Arrogant, Kasih Berbisik, Dia… Isteri Luar Biasa, Dalam Setiap Sujud dan banyak lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas