Selera

Selera bertambah di Restoran Kak Ani

RESTORAN Kak Ani
RESTORAN Kak Ani
- Diterbit 4 Julai 2019 6:44 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

SEMUANYA bermula kerana pemilik restoran ini amat menyukai menu nasi kukus ayam berempah! Namun di sebalik kesukaan terhadap menu itu, beliau tidak menggemari kuah kerutub yang dihidang bersama dengan nasi kukus yang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Oleh yang demikian, pemilik Restoran Nasi Ayam Kukus Kak Ani, Mohamad Omar mengambil kesempatan untuk me- mulakan perniagaan nasi kukus ayam berempah bermula pada tahun 2009 di tepi jalan.

“Kami mengadunkan dua jenis kari dari Melaka dan Negeri Sembilan sebagai kuah dan menggantikan kuah kerutub.

“Percubaan tersebut nyata berjaya memikat selera pelanggan kami dan setelah itu kami tidak menoleh kebelakang lagi,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Jelasnya lagi, perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan itu bermula dengan modal RM400 dan peralatan memasak asas berserta khemah 10 kaki persegi.

Kata Mohammad lagi, menu utama yang dijual di restorannya adalah Nasi Kukus Ayam Berempah.

“Keunikn ayam berempah ini adalah diadun dan diperap dengan 12 jenis rempah ratus sebelum digoreng dan dihidangkan kepada pelanggan mahupun dibungkus,” katanya.

Menurut Mohamad lagi, setelah lima tahun menjaja di tepi jalan, dengan modal yang dikumpul, pihaknya mengambil keputusan untuk membuka restoran.

“Restoran ini mula dibuka pada tahun 2014, dan kini telah lima tahun kami beroperasi di sini.

“Restoran ini menyediakan ruang yang selesa kepada para pelanggan dengan konsep family style dan boleh memuat- kan 100 orang pelanggan dalam satu- satu masa,” katanya lagi.

Kata Mohamad lagi, dengan peredaran zaman teknologi, pihaknya turut tidak ke- tinggalan untuk menggunakan teknologi dalam urusan perniagaan seharian.

“Kami mempunyai tujuh kumpulan WhatsApp yang berlainan dan setiap satu kumpulan akan diuruskan oleh pekerja.

“Tujuan kumpulan WhatsApp itu untuk mengumpulkan pelanggan dan memaklumkan mengenai menu masakan kampung setiap pagi dan untuk menerima pesanan dari pelanggan,” katanya lagi.

Kata Mohammad lagi, setiap pesanan pelanggan akan dihantar oleh pekerja penghantar sekitar Kuala Lumpur dan Ampang.

“Ketika ini, kami mempunyai 15 pekerja dan pesanan minimum untuk servis penghantaran adalah sebnyak tiga set hidangan,” katanya lagi.

“Sejak dua tahun lalu, kami mengorak langkah untuk menjadi penyedia katering kepada pelanggan.

Selain daripada menu kampung, Muhammad turut menyediakan perkhidmatan katering kepada orang ramai yang berminat.

“Antara menu yang kami sediakan ialah nasi tomato, masakan kampung, soto, mee kari, laksa, kambing golek dan pelbagai lagi menu mengikut kehendak pelanggan,” katanya lagi.

PERKHIDMATAN penghantaran makanan turut disediakan.
PERKHIDMATAN penghantaran makanan turut disediakan.
MENU ayam masak merah disediakan untuk katering.
MENU ayam masak merah disediakan untuk katering.
MENU daging masak lemak.
MENU daging masak lemak.
AYAM Goreng Berempah
AYAM Goreng Berempah
RUANGAN-dalaman-restoran.
RUANGAN-dalaman-restoran.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas