Selebriti

Peminat jatuh cinta dengan Azrel Ismail

GANDINGAN bersama Azara Azmi dalam Cetera Hati Diya.
GANDINGAN bersama Azara Azmi dalam Cetera Hati Diya.
- Diterbit 4 Julai 2019 7:07 AM MYT

Oleh AINI MAWAWI
[email protected]

SUDAH menjadi lumrah apabila selebriti diganggu oleh peminat misteri. Itu turut diakui oleh
pelakon kacak Azrel Ismail yang sering berdepan dengan golongan wanita yang obses terhadap dirinya.

Memandang hal tersebut sebagai perkara biasa, setiap kali berhadapan dengan hal sebegitu, dia cuba menolak permintaan mereka dengan cara yang baik dan menerangkannya secara berhati-hati agar tidak meng- guris perasaan mereka.

“Dalam zaman media sosial ini, kita tak dapat elak perkara-perkara sebegini. Apatah lagi bila bergelar artis. Banyak kali juga saya mene- rima mesej daripada peminat yang mengaku jatuh cinta dan sebagainya tapi saya tak cepat melatah.

“Hati dan perasaan ini kita tak boleh ramal. Mungkin mereka jadi suka bila tengok lakonan saya se- hingga terbawa-bawa perasaan tersebut. Apapun kalau dah sampai tahap menganggu dengan mesej- mesej bukan-bukan, terpaksalah saya tegur,” ujar pelakon kelahiran Taiping, Perak ini.

Tambahnya lagi, sejujurnya dia enggan melayan hal remeh-temeh seperti ini jauh sekali hingga terjatuh cinta kerana dia seorang yang sangat cerewet dalam memilih pasangan.

“Saya memang seorang yang sangat selektif. Jadi kalau boleh biarlah memilih sedikit untuk hubungan yang serius dan tidak mahu kecewa di kemudian hari. Saya mahukan wanita yang tepat dan sesuai de- ngan diri ini,” katanya kepada Wilayahku.

Menginjak ke usia 35 tahun, bintang filem Pulang itu mengakui dia tidak terlepas ditanya tentang perihal rumah tangga. Menyer- ahkan segalanya kepada jodoh, namun sebagai manusia dia juga berusa- ha ke arah itu.

“Memang ramai yang mendekati tetapi semuanya berbalik pada diri kita juga. Kalau ada yang berkenan dan serasi, sudah pasti saya akan berkahwin cuma yang pasti bila itu tak taulah. Saya tidak ada target untuk hal ini,” ujarnya yang mendambakan seorang wanita cantik sebagai teman.

Dalam persediaan ke arah tersebut, dia kini sedang berusaha men- stabilkan ekonomi dan mengumpul aset untuk masa hadapan. Malah yang pasti dia sedang dalam perancangan untuk membeli sebuah rumah.

“Insya-Allah dalam tahun ini juga diharap impian untuk memiliki rumah akan tercapai. Kalau boleh sebelum mendirikan rumahtangga, saya sudah punya sebuah rumah yang selesa dan cantik,” ujarnya yang menyukai rumah di atas tanah.

Antarabangsa

Hampir empat tahun mencipta nama dalam seni lakonan, kini namanya sudah semakin dikenali dan berada sebaris dengan pelakon lelaki popular yang lain. Malah hampir setiap hari wajahnya sering menghiasi slot drama di televisyen.

Namun semua itu tid menjadikannya mudah lupa diri. Baginya, pencapaian tersebut belum lagi berada pada tahap yang boleh. Justeru dia sebolehnya ingin pergi jauh lagi hingga ke peringkat antarabangsa.

“Jika sudah sampai ke tahap itu, barulah saya boleh berbangga dengan apa yang saya lakukan. Setakat ini, saya rasa masih ramai lagi mereka di luar sana yang belum mengenali siapa Azrel Ismail. Pun begitu, saya tetap bersyukur apabila setiap lakonan saya mendapat tontonan tinggi,” ungkapnya.

Ditanya tentang watak yang diidamkan dan masih belum dapat dibawa olehnya, jelas Azrel setakat ini dia sudahpun mencuba pelbagai watak dan berjaya melakonkan watak antagonis dengan jayanya.

“Watak adalah suatu yang penting bagi seorang pelakon. Melaluinya juga kita dapat mengukur kemampuan diri dalam lakonan. Dalam masa yang sama juga, impak watak yang dilakonkan dapat memberi maklum balas terhadap karier,” katanya.

Beralih kepada perkembangan terbaru pula, kini dia sibuk dengan penggambaran drama 80 episod berjudul Puteri Yang Ditukar dan akan ditayangkan bermula 9 Julai ini. Selain itu, drama Cetera Hati Diya bersama Fattah Amin dan Azara Azmi juga sedang dimainkan di televisyen.

AZREL Ismail
AZREL Ismail

INGIN ukir nama di persada antarabangsa.
INGIN ukir nama di persada antarabangsa.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas