Berita

Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Kuda

- Diterbit 9 Mac 2021 6:18 AM MYT

SEBUAH rumah hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Simpang 20, Kampung Bukit Kuda disini, malam tadi.

Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam mengenai kebakaran rumah malam tadi.

Sepasukan anggota yang diketuai Komander Operasi PPgB Huzyman Malikin bersama 20 anggota daripada BBP Layangan dan BBP Labuan telah digerakkan bersama jentera water tanker ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, kebakaran itu membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal dan menyebabkan hampir kesemuanya musnah.

Operasi pemadaman kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 8.40 malam.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – KHAIRUL – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas