Selebriti

“Saya Tidak Mencampuri Urusan Rumah Tangga Mereka.” – ERRA FAZIRA

Erra Fazira (kiri) menandatangani plak sambil diperhatikan pengasas Faith Fleur
- Diterbit 13 Julai 2020 9:42 AM MYT

“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka. Saya tahu pasal apa yang berlaku hanya secara permukaan sahaja,” jelas primadona Erra Fazira apabila ditanya tentang perceraian bekas suaminya Engku Emran dan pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella. 

Erra juga menjelaskan dirinya bukan seorang yang suka ‘menggali’ lebih lanjut kisah peribadi rumah tangga Engku Emran dan Bella. 

“Saya tak nak korek-korek, hanya tahu cerita dasar sahaja. Itu bukan cara saya untuk korek dan salah saya kalau nak ambil tahu tentang mereka. 

“Sebagai wanita kami ada berbicara tetapi tidaklah secara umum. Adalah sedikit sebanyak memberikan nasihat tetapi tidak begitu terperinci. 

“Bella juga tidak bercerita lebih. Memang kami dapat tetapi kami  tidaklah selalu berhubung,” ujar Erra ketika ditemui dalam majlis perlantikannya sebagai duta produk penjagaan rambut Faith Fleur, di Menara Kuala Lumpur, petang ini. 

Duta Faith Fleur, Erra Fazira (kiri) bersama pengasas Faith Fleur, Siti Mariam Abd Samad (tengah) dan pengasas bersama Halim Bahadorisam.

“Saya pun wanita  dan saya ada memberi semangat melalui mesej kerana tiada siapa mahukan perceraian. Saya pun pasti Bella dan bekas suami pun begitu. 

“Mereka sudah cuba selamatkan rumah tangga tapi itulah ketentuannya.

“Saya pernah bercakap dengan  bekas suami  tetapi tidak bercerita mengenai hal tersebut lebih lanjut.

“Dalam setiap pahit pasti ada hikmah dan manisnya. Allah uji maknanya  Allah sayang. Adalah ganjaran itu nanti,” cerita Erra Fazira yang bersimpati dengan perceraian Emran dan Bella baru-baru ini. 

Emran dan Bella berkahwin pada 8 September 2017. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas