Selebriti

Selepas Lima Tahun Kahwin, AMEER SOFAZR Bakal Jadi Ayah

|SEMOGA segalanya dipermudahkan.. Amin...
- Diterbit 5 Ogos 2020 8:20 AM MYT

SETELAH lima tahun berkahwin, penyanyi Ameer Sofazr bakal menjadi ayah tidak lama lagi.

Ameer berkongsi berita gembira yang isterinya kini disahkan mengandung anak sulung mereka.

“Alhamdulillah syukur. Rezeki, nikmat dan hikmah yang diberikan oleh-Nya sangat besar dan bermakna.

“Penantian selama lima tahun akhirnya dikurniakan rezeki yang sangat bermakna.

“Terima kasih kepada semua keluarga, sahabat yang mendoakan untuk kami selama ni,” tulis Ameer menerusi satu entri di instagramnya.

Ameer juga berharap segala urusan dipermudahkan terutamanya isteri yang bakal melahirkan anak mereka. 

SEMOGA segalanya dipermudahkan.. Amin…

“Semoga anak yang bakal lahir membesar dengan sihat dan jadi anak anak yang soleh dan solehah. Semoga isteriku dipermudahkan dan dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. Insya-Allah,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddin, 37, turut berkongsi gambar terkini isterinya yang sudah jelas kelihatan ‘baby bump’.

Ameer mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas