Selebriti

“Hargailah Perdana Menteri Kita” – EYKA FARHANA

|EYKA Farhana bangga dengan kehebatan Perdana Menteri dalam menangani Covid-19
- Diterbit 13 Julai 2020 7:42 AM MYT

PELAKON cantik Eyka Farhana mengaku sesebuah negara itu aman kerana pemimpinnya yang sentiasa mahukan yang terbaik buat rakyat. 

Ketokohan serta pengorbanan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat dikagumi Eyka terutamanya selepas beliau berjaya menangani penularan pandemik Covid-19 dengan baik. 

“Tidak dinafikan, krisis ekonomi negara semakin membimbangkan apabila kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bukan sahaja kami dalam industri seni yang terjejas, malah kebanyakan sektor pekerjaan turut terganggu ketika itu apabila banyak syarikat atau kilang tutup. 

“Namun Perdana Menteri kita tidak berdiam diri malah terus berusaha memulihkan ekonomi negara. 

EYKA Farhana bangga dengan kehebatan Perdana Menteri dalam menangani Covid-19

“Seperti yang kita semua tahu, beliau melantik pakar ekonomi untuk mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk menangani kemelesetan ekonomi yang semakin merisaukan semua rakyat.

“Saya percaya, banyak lagi usaha beliau dalam memastikan yang terbaik untuk rakyat. Jadi hargailah Perdana Menteri kita dengan mematuhi arahan kerajaan,” jelas Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi,25.

Antara drama lakonan Eyka ialah Istikharah Cinta, Nota Buat Cempaka, Budak Tebing, Red Velvet, Ketupat Palas Mr. Handsome dan banyak lagi. 

Manakala Eyka turut berlakon dalam filem  Polis Evo, Juvana 2, Juvana 3 dan sebagainya – WILAYAHKU.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas