Selebriti

PPZ-MAIWP Serah Kunci Rumah Baharu TO’KI

|AHMAD Shukri berharap rumah baharu ini memberi kehidupan yang lebih baik buat To'ki dan isteri
- Diterbit 11 Julai 2020 5:18 PM MYT

ALHAMDULILLAH… Kesusahan hidup penyanyi To’ki yang tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan di Gombak, Selangor mendapat pembelaan daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang tampil menghulurkan bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusof mengesahkan sudah menyerahkan kunci rumah untuk kediaman baru To’ki.

Menerusi laman Instagram @ustazshukriyusoff, Ahmad Shukri berkata, kunci kediaman jenis flat tiga bilik itu diserahkan kepada To’ki pada Jumaat lalu.

“Alhamdulillah, hari ini saya mewakili PPZ-MAIWP menyerahkan kunci rumah kepada To’ki sepertimana yang kami janjikan untuk memindahkan To’ki dan isteri ke kediaman yang lebih selesa.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu terutamanya pasukan saya dari PPZ-MAIWP dan sahabat-sahabat di luar sana.

AHMAD Shukri berharap rumah baharu ini memberi kehidupan yang lebih baik buat To’ki dan isteri

“Insya-Allah kami di PPZ telah menggerakkan pelbagai program tanggungjawab sosial (CSR) yang kami jenamakan sebagai Khaira PPZ. Semoga dengan program ini lebih ramai sahabat yang kurang berkemampuan dapat disantuni,” tulisnya. 

Difahamkan juga To’ki tidak perlu membayar sewa selama satu tahun.

Semoga bantuan ini memberi sinar baru buat penyanyi To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48. 

Baru-baru ini kisah kesulitan hidup To’ki mendapat perhatian ramai pihak yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan.

Selain PPZ-MAIWP, kehadiran selebriti Ustaz Ebit Lew turut membuatkan lebih ramai terdorong untuk membantu To’ki. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas