Selebriti

“Saya Rayu Kerajaan Benarkan Spa Beroperasi” – ONE

|ONE Forteen berharap kerajaan membenarkan spa beroperasi semula
- Diterbit 20 Jun 2020 8:30 AM MYT

TIDAK dinafikan, boleh dikatakan hampir semua sektor pekerjaan menerima kesan yang kurang baik akibat penularan wabak Covid-19. 

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan demi kesihatan rakyat, menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan. 

Kini, kita semua berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana sudah banyak kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan. 

Namun, bidang nyanyian dan spa masih belum boleh beroperasi. Ini sedikit sebanyak membuatkan penyanyi One Forteen runsing kerana banyak komitmen yang perlu dibayar.

One mengusahakan Musclemen Spa yang kini dikenali sebagai ‘One Stop Center For Men’  yang beroperasi di  Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

ONE Forteen berharap kerajaan membenarkan spa beroperasi semula

“Saya kecewa. Memanglah kecewa apabila spa tidak dibenarkan beroperasi lagi. Saya  juga kehilangan punca pendapatan sejak hampir 3 bulan Musclemen Spa  tidak beroperasi.

“Dalam masa yang sama, saya bertanggungjawab juga membayar sewa premis, gaji pekerja dan bil utiliti dalam tempoh ini. 

“Saya merayu kerajaan agar membenarkan industri spa boleh beroperasi secepat mungkin seperti mana industri  lain yang telah dibenarkan. 

“Saya juga sangat berharap agar pelanggan-pelanggan Musclemen Spa bersabar dan sedia memberi sokongan kepada kami setelah dibenarkan beroperasi nanti,” luahnya kepada Wilayahku.

One yang juga anggota kumpulan Forteen atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Sharifuddin, 31, mengaku ini adalah saat sukar buatnya. 

“Memandangkan tiada undangan persembahan disebabkan Covid-19, jadi saya bergantung kepada bisnes spa ini. Apabila spa tidak boleh beroperasi, bayangkan bagaimana saya mahu teruskan kehidupan.

“Bukan saya sahaja, malah pemilik spa di luar sana pun mengalami nasib yang sama. 

“Kami yakin kerajaan sudah merancang yang terbaik buat rakyat. Cuma harapan saya, semoga spa boleh meneruskan operasi demi kelangsungan hidup kami,” jelas One yang menambahbaik perkidmatan di spa miliknya seperti lgunting rambut, kafe , sauna , mandi wab dan banyak lagi.

Musclemen Spa semenjak bermula operasi menawarkan lima jenis servis kepada pelanggan iaitu ketrampilan (waxing, classic muscular pedicure, classic muscular manicure), urutan (urutan Bali, tradisional, aromaterapi, tenaga batin) dan rawatan badan (bekam Sunnah, mandian susu, body mask, body scrub, detox muscular scrub. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas