Selebriti

ONE FORTEEN Tayang Tubuh Bukan Untuk Seks

|ONE Ada alasan tersendiri tayang tubuh dalam laman sosial|ONE berharap bisnes spa dibenarkan beroperasi dalam masa terdekat
- Diterbit 19 Jun 2020 9:42 AM MYT

PENYANYI yang juga anggota kumpulan Forteen, One mencetuskan pelbagai pertanyaan apabila kerap memuatnaik gambarnya yang menayang tubuh atau tidak berbaju dalam media sosial.

Ada yang memuji bentuk tubuh One yang cantik, sihat dan sado. Dalam masa yang sama,  tidak kurang juga yang berminat dan mahu mengajaknya ke ranjang.

ONE Ada alasan tersendiri tayang tubuh dalam laman sosial

“Tipulah kalau saya cakap tidak ada langsung yang ajak ke arah itu (ke ranjang). Bukan saya sahaja, kawan-kawan artis lain pun pernah terkena. 

“Biasalah.. Saya tidak mampu mengawal apa yang mereka fikir. Terserahlah kepada mereka nak fikir apa. 

“Sejujurnya tujuan saya memuat naik gambar tersebut  itu bukanlah untuk tujuan yang tidak baik. 

“Selain mahu mempromosi bisnes Musclemen Spa milik saya,  saya ingin memberi inspirasi dan motivasi agar semua rakyat menjaga kesihatan luaran dan dalaman. 

“Iyalah… saya mesti buktikan yang saya mampu menjalani cara hidup yang sihat di sapa,” luahnya kepada Wilayahku.

ONE berharap bisnes spa dibenarkan beroperasi dalam masa terdekat

One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Sharifuddin, 31, tidak marah dan jauh sekali rimas kepada mereka yang ajak melakukan hubungan terlarang, sebaliknya lebih selesa untuk berdiam diri.

“Saya senang saja. Hanya buat tak tahu dan tidak layan pun. Orang Macam tu, kalau dilayan nanti boleh jadi tular dan ramai yang akan kecam saya. Positif saja,” katanya lagi.

Musclemen Spa dimana kini dikenali sebagai ‘ONE STOP CENTER FOR MEN’ yang beroperasi di tingkat 1 dan tingkat 2 Seksyen 7 Shah Alam. 

One yang dikenali sebagai penyanyi yang berbudi bahasa tinggi ini akan muncul dengan lagu baru bersama MAP Music. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas