Berita

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes” – SHUIB

Kuala Lumpur
- Diterbit 2 Oktober 2020 10:30 PM MYT

PELAWAK Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukurnya apabila siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya selesai semalam.

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini jugak berterima kasih kepada pihak SPRM kerana melayannya dengan baik sepanjang proses siasatan.

“Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. 

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM  berkenaan Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001  dan terima kasih kepada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik kepada saya sepanjang 23 jam siasatan.

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes. Doakan perniagaan BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang.

“U pray for the rain. U have to deal with the mud also,” tulisnya di instagram miliknya. 

SHUIB di salah sebuah cawangan BubbleBee di Cheras, Kuala Lumpur

Pada Khamis lalu, Shuib yang ditemani Sarah dipanggil SPRM  untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Semoga segala urusan Shuib dan Sarah terus dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas