Berita

Nor Hisham nikmati hasil KEKEBUN DBKL

NOR HISHAM menunjukkan hadiah sayuran daripada hasil tuaian KEKEBUN DBKL. NOR HISHAM menunjukkan hadiah sayuran daripada hasil tuaian KEKEBUN DBKL.
- Diterbit 2 Oktober 2020 1:00 PM MYT

SEGAR. Selepas merasmikan Kelab Kebun Bandar Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (KEKEBUN DBKL) pada 4 November 2019, kini Datuk Bandar
Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berpeluang menikmati
hasilnya.

Beliau menerima sayuran-sayuran tersebut yang dihadiahkan Pengerusi Kelab, Nor Hashida Harun pada 21 September lalu.

Menurut Nor Hashida, sayuran berkenaan merupakan hasil tanaman di Podium Aras 2, Menara 2 DBKL yang menggunakan kaedah fertigasi tanpa racun.

“Kira-kira 18 jenis tanaman ditanam di atas podium antaranya kobis, cili, terung, kacang panjang, bendi, lemon, limau kasturi, pisang, serai, pandan dan oregano,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas