Berita

Sarapan percuma edisi khas Merdeka

FREE BREAKFAST ALAM FLORA
- Diterbit 22 Ogos 2019 7:13 AM MYT

Oleh RAJA AZRIE

KUALA LUMPUR – Bagi memperkasa semangat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat, sebuah badan kerja amal, Kengkawan Project akan mengadakan aktiviti sarapan percuma kepada 180 pekerja Alam Flora Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2019 ini.

Pengasas Kengkawan Project, Faizal Mahmood berkata, sarapan percuma akan mula diberikan pada pukul 6 pagi di depot Alam Flora di Lorong Tiong Nam 3, Kuala Lumpur.

Ujarnya, sarapan percuma itu diberikan awal sebelum pekerja-pekerja terlibat memulakan kerja pembersihan masing-masing.

“Tujuan program ini adalah bagi meraikan pekerja-pekerja am yang bersusah payah menjaga kebersihan alam sekitar demi kelestarian semua pihak.

“Warga Wilayah Persekutuan dijemput hadir bagi meraikan dan bersarapan bersama pada tarikh yang dinyatakan,” katanya.

Terdahulu, Kengkawan Project pernah menjalankan beberapa siri kerja amal seperti pasar percuma Putrajaya, klinik motivasi dan keusahawanan bersama asnaf Selayang, back to school project for anak-anak Yayasan Chow Kit, festival amal Hari Minang di Putrajaya dan Kuala Lumpur serta sarapan percuma untuk rakyat awam di Jakarta, Indonesia.

Sumbangan makanan atau wang tunai oleh disalurkan kepada Kengkawan Project di lokasi tersebut atau menghubungi Faizal di talian 012-3893663. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas