BAGI mendapatkan tubuh badan yang sihat, semestinya pengambilan makanan sihat amatlah perlu. Jika kena dengan resipi sihat, pasti hasil masakannya sedap.
Ingin memulakan hari sarapan pagi dengan makanan sihat, tapi takut tidak berselera? Jangan risau, makanan sihat bukan semestinya mempunyai rasa yang tidak sedap.
Tak percaya? Anda boleh cuba membuat resipi sihat mengikut lima menu makanan sihat seperti akhbar Wilayahku kongsikan di bawah ini.
AYAM BUTTERMILK PANGGANG
BAHAN-BAHAN
1 cawan buttermilk
Sedikit serbuk thyme
4 ulas bawang putih
½ sudu teh garam
1 ½ potongan ayam bahagian dada
CARA PENYEDIAAN
- Letakkan buttermilk, thyme, bawang putih dan garam di dalam mangkuk besar.
- Masukkan potongan ayam dan gaulkannya sehingga campuran buttermilk tersebut meliputi keseluruhan bahagian ayam.
- Perap dan sejukkannya selama sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti sejuk.
- Ambil ayam yang telah diperap tadi dan panggang di atas kuali pemanggang dengan menggunakan api yang sederhana.
- Masak sekitar 5 hingga 7 minit sebelum membalikkannya.
KELEDEK BAKAR
BAHAN-BAHAN
4 biji keledek
½ cawan
1 biji epal dipotong dadu
2 sudu madu
¼ cawan serbuk kelapa disangai
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 200°C. Letakkan 4 biji keledek pada loyang dan masukkan ke dalam ketuhar.
- Bakar keledek tersebut sehingga lembut iaitu sekitar 45 minit.
- Ambil pisau dan potong keledek tersebut dengan hirisan berbentuk X. Buka kulit keledek dan lenyekkan isi keledek dengan menggunakan garpu.
- Letakkan bahan-bahan lain iaitu yogurt, potongan epal, madu dan juga serbuk kelapa sebagai topping keledek tersebut.
- Gaulkannya sebelum anda mula menikmatinya.
TELUR KACAU KARI
BAHAN-BAHAN
8 biji telur
¼ cawan susu
½ sudu teh serbuk kari
¼ sudu teh garam
Sedikit serbuk lada putih
2 biji tomato dipotong dadu
CARA PENYEDIAAN
- Dalam mangkuk yang besar, pukul telur, susu, serbuk kari, garam dan lada sulah.
- Letakkan kuali non-stick dan masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya.
- Tuangkan campuran telur tersebut. Masak dan kacau sehingga telur mula menebal dan tidak ada lagi telur yang masih cair. Kemudian, tutup api.
- Hidangkan telur tersebut bersama dengan potongan tomato.
SANDWICH TOMATO DAN AVOKADO
BAHAN-BAHAN
½ biji avokado
4 keping roti gandum penuh
1 biji tomato dihiris nipis
2 biji bawang merah dicincang halus
2 sudu mayones
CARA PENYEDIAAN
- Lenyekkan avokado sehingga hancur menjadi seperti pes.
- Sapukan pes avokado pada dua keping roti yang telah dipanggang.
- Letakkan hirisan tomato dan bawang merah yang telah dicincang ke atasnya. Tuangkan sedikit mayones pada hirisan tomato tersebut.
- Tutup dengan kepingan roti dan nikmati sandwich anda.
GULUNGAN AYAM PESTO
BAHAN-BAHAN
4 keping hirisan dada ayam
½ cawan pesto
50 gram cendawan dihiris
Parutan keju Mozarella
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Ketukkan kepingan dada ayam dengan menggunakan kayu penggelek sehingga menjadi lebih nipis.
- Sapukan pesto pada kepingan ayam tersebut.
- Taburkan hirisan keju Mozarella di atas hirisan ayam tadi.
- Gulungkan ayam dan tusukkan pencungkil gigi pada gulungan ayam tersebut agar tidak terbuka.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar ayam dalam tempoh 30 minit sehingga ayam menjadi masak dan berwarna putih.
- Setelah ayam masak, keluarkan ayam tersebut daripada ketuhar dan tuangkan baki sos presto pada ayam tersebut bersama dengan hirisan keju.
- Tukarkan tetapan ketuhar kepada ‘broil’ dan masukkan kembali ayam ke dalam ketuhar untuk seketika waktu lagi. Biarkan keju menjadi cair dan sedikit perang dalam tempoh 3 hingga 5 minit sebelum dikeluarkan.
- Tanggalkan pencungkil gigi dan potong gulungan ayam tersebut. Hidangkan.