Berita

Jalaluddin gandingan pimpinan berkarisma

JALALUDDIN bertanyakan keadaan semasa dan pentadbiran DBKL kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah (kiri) selepas melangkah masuk ke pejabatnya di Menara 1 DBKL Rabu lalu.
- Diterbit 4 September 2021 2:00 AM MYT

PELANTIKAN Datuk Seri Jalaluddin Alias yang berasal daripada  Jelebu, Negeri Sembilan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dilihat sebagai gandingan padu dan berkarisma kepada Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) juga pernah menerajui UDA Holdings Berhad sebagai Pengerusi.

Selain itu, pengalamannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Pengerusi Bertindak Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan) yang memfokuskan aspek pembangunan bandar, pastinya selari dengan fungsi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi.

Melalui ini, matlamat kementerian dan agensi untuk mencapai kemakmuran komuniti bandar serta persekitaran mampan di Wilayah Persekutuan dapat direalisasikan.

Justeru, kredibiliti yang ada, bakal mendokong misi dan visi kementerian sekali gus meningkatkan kecemerlangan wilayah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas