Berita

Sajian menyelerakan pada harga berpatutan

- Diterbit 8 Mei 2021 11:00 AM MYT

MENYAJIKAN lebih 30 jenis menu makanan yang beraneka citarasa dan tradisi, merupakan antara keunikan ditawar oleh pengendali perkhidmatan katerer dan pengurusan acara, Namida Garden & Event melalui pakej Bufet Ramadan 2021.

Beroperasi setiap hari sepanjang bulan Ramadan bertempat di Salak Tinggi, Selangor, menu sajian dihidangkan sesuai untuk semua peringkat umur pelanggan daripada kanak-kanak sehingga warga emas dengan harga dikenakan berpatutan, RM55 untuk dewasa dan RM20 kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Namida Garden & Event, Munirah Nordin berkata, pakej Bufet Ramadan disediakan turut memberi keistimewaan kepada kanak-kanak bawah usia 5 tahun, tidak dikenakan bayaran sebagai usaha meraikan para pelanggan dalam kalangan mereka yang berkeluarga untuk merasai kelainan ditampilkan di sini.

Selain menu makanan katanya, kemudahan yang disediakan kondusif dengan kapasiti dewan yang mampu menampung kira-kira 150 tetamu dalam satu-satu masa selain kemudahan parkir luas dan surau serba lengkap.

“Untuk minggu ketiga dan terakhir Ramadan kali ini, antara menu hidangan menjadi pilihan ramai adalah ayam masak rempah, sambal sotong dan rendang daging, ayam masak merah dan masak kicap serta ikan Keli berlada selain sajian sedikit moden iaitu oyster pak choi atau terung.

“Kami juga sentiasa memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) diikuti oleh setiap pengunjung mahupun pekerja bagi mengelak sebarang risiko tidak diingini.

Jadi para pelanggan tidak perlu bimbang, Insya-Allah semua berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Bagi meraikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan Norma Baharu, Namida Garden & Events mengangkat tema Nostalgia Desa sebagai cara meraikan para pelanggannya yang dihargai.

Bagi tujuan tersebut satu sudut khas disediakan untuk sesi fotografi dan merakam kenangan.

Mengulas lanjut, Munirah berkata, selain daripada hidangan lebih daripada 30 menu makanan yang menggamit memori desa, turut disediakan stall Live Cook untuk dinikmati oleh pelanggan setiap masa sepanjang tempoh berbuka puasa.

Katanya, dalam keadaan terkawal dan mengikut SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semua pelanggan masih boleh menikmati hidangan Buffet Ramadan 2021 yang disediakan oleh Namida Garden & Events dengan selesa.

“Selain itu kami turut kenalkan promosi istimewa dengan setiap tempahan untuk 10 pelanggan ada satu pakej percuma diberikan sebagai ransangan untuk pengunjung berkumpulan.

“Jadi dengan semua kemudahan, keistimewaan diberikan ini, para pelanggan akan memilih kami sebagai lokasi menjamu selera dengan kelebihan berbaloi dengan wang dibelanjakan,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas