Berita

Ruslan rasmi mesyuarat berkelompok PBBS Labuan

RUSLAN (tengah) bersama Pengerusi PPBS Labuan Asnoin (dua dari kanan) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada ahli persatuan yang terjejas susulan pandemik COVID-19.
- Diterbit 10 November 2021 6:09 AM MYT

TIMBALAN Presiden merangkap Pemangku Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Ruslan Muharam telah merasmikan Mesyuarat Berkelompok PBBS Cawangan Bandar Labuan di Bilik Rafflesia, Ujana Kewangan di sini, baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri, Pengerusi PBBS Cawangan Bandar Labuan, Asnoin Chiplin dan Ahli-Ahli Jawatankuasa PBBS.

Kira-kira 150 orang daripada 249 ahli PBBS menghadiri mesyuarat tersebut.

Ketibaan Ruslan disambut dengan persembahan kulintangan daripada kumpulan Komuniti Bisaya Labuan yang diketuai oleh Saidin Rismin.

Ruslan yang juga ADUN Lumadan berharap agar semua warga Bisaya berganding bahu membangunkan persatuan tanpa mengira fahaman politik.

Ahli PBBS Cawangan Bandar Labuan turut mengadakan dialog bersama Ruslan mengenai penambahbaikan serta cadangan yang dilaksanakan oleh persatuan.

Pada majlis itu, 30 warga Bisaya yang terdiri daripada golongan asnaf, OKU, sakit dan warga emas menerima bakul makanan daripada Ruslan.

Beliau yang mengadakan lawatan selama dua hari ke pulau ini turut meninjau kedai almanium Syarikat Kallam Baiduri Enterprise milik Sabli Matrih warga Bisaya dari Kampung Sinapokan, Menumbok, Sabah.

Dalam pada itu, Ruslan turut menyantuni warga Bisaya yang berniaga di Pasar Sentral Labuan. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas