Berita

Batik Malaysia dipakai PM jadi tumpuan

Joko Widodo.|BATIK Malaysia yang dipakai Perdana Menteri menarik perhatian ramai.
- Diterbit 9 November 2021 2:16 PM MYT

“LAWA baju batik PM.”
Itu antara komen warganet terhadap penampilan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memakai baju batik ketika membuat lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia bermula hari ini.

Ismail Sabri yang menggayakan batik berwarna lembut itu sekaligus memartabatkan batik Malaysia sebagai pakaian rasminya.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Menerusi hantaran gambar dimuat naik di Instagram, kebanyakan komen pengguna laman sosial memuji penampilan dan rekaan batik itu.

“‘Nice outfit’ Datuk Seri,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Cun baju PM,” kata seorang lagi pengikut di Instagram.

“Lawa batik Malaysia,” komen seorang pengguna.

Kunjungan negara jiran itu adalah lawatan rasminya yang pertama ke Indonesia selepas mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

BATIK Malaysia yang dipakai Perdana Menteri menarik perhatian ramai.

Ismail Sabri turut diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pegawai-pegawai kerajaan dari kementerian dan agensi berkaitan.

https://www.instagram.com/tv/CWDu0eNDyvq/?utm_medium=copy_link

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) di sini, hari ini, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo.

Lawatan rasmi itu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan Kerajaan Malaysia dan Indonesia. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas