Berita

Roziah Omar dilantik Presiden UniKL baharu

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan pelantikan Profesor Datuk Dr Roziah Omar sebagai Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai depan.
- Diterbit 26 Jun 2021 11:06 AM MYT

AHLI Akademik yang juga pakar penyelidik dalam bidang pembangunan sosial dan kesejahteraan,
Datuk Dr. Roziah Omar dilantik sebagai Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL) baharu berkuat mulai 1 Julai 2021.

Perlantikan itu diumum Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azizah Mohd Dun melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, Dr. Roziah graduan sarjana muda Jabatan Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaya (UM) pada 1980, dibuat berdasar kepada kepakaran dan pengalaman luas dimilikinya yang pernah memegang beberapa jawatan di peringkat nasional mahupu antarabangsa.

Katanya, dengan ketokohan dimiliki, MARA yakin Presiden UniKL itu miliki keupayaan, kepakaran dan pengalaman luas di dalam bidang pendidikan dapat jalankan tugas sebaik mungkin seterusnya memperkukuh kedudukan UniKL di dalam senarai antara universiti terbaik di Asia dan dunia.

“MARA yakin beliau dapat menggalas tugas dan memacu kecemerlangan UniKL ke tahap lebih tinggi sekaligus memastikan visi menjadi sebuah universiti keusahawanan serta teknikal terunggul di negara ini melalui kecemerlangan penyelidikan, pendidikan dan keusahawanan mampu tercapai, ” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Selain ketokohan, pencapaian akademik Roziah turut memberangsangkan apabila melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan kedoktorannya di Amerika Syarikat dan pada 1992, beliau berjaya dianugerahkan ijazah kedoktoran dari University of California, Berkeley, Amerika Syarikat.

Roziah juga pernah memegang beberapa jawatan di bidang pendidikan antaranya Timbalan Ketua Pengarah Institusi Pendidikan Swasta (IPTS), Kementerian Pengajian Tinggi selain menjawat Ahli Lembaga Pengarah beberapa buah universiti seperti UiTM, UTM, UNISZA, UPSI dan lain-lain.

Menurut Azizah, Presiden UniKL yang dilantik itu mempunyai ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman luas dalam pendidikan selain pernah menghadiri kursus di Harvard University pada 2003, Judge Business School, Cambridge University tahun 2014, telah pun meletakkannya sebagai calon berketerampilan.

“Ia sekali gus dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya dan memperkukuhkan lagi kedudukan UniKL dalam senarai antara universiti terbaik di Asia dan dunia.

“UniKL adalah institusi pendidikan milik penuh MARA yang kini mempunyai 13 kampus seluruh negara,” ujarnya. – WILAYAHKU –

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas