Berita

EMPAT RESIPI PASTA SEDAP UNTUK ANDA YANG SEDANG DIET

||||
- Diterbit 26 Jun 2021 6:00 AM MYT

SEKARANG ini ramai yang mahu menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat di dalam makanan. Bagi mereka yang baru nak bermula, dicadangkan kurangkan karbohidrat secara berperingkat agar tubuh badan tidak terlalu terkejut dengan perubahan.

Maka, empat resipi pasta di bawah ini sesuai untuk anda cuba. Walaupun pasta kaya dengan karbohidrat, tetapi dengan cara penyediaan yang betul bersama sayur-sayuran, protein dan lain-lain bahan (pemakanan seimbang), ia pastinya dapat membantu anda sihat dan bina tubuh yang sihat.

Setiap resipi hanya memerlukan enam langkah sahaja. Mudahkan! Selamat mencuba.

SPAGHETTI AYAM DAN TOMATO KECIL YANG DISAUTE

BAHAN-BAHAN

Pasta

Daging ayam

Oregano

Basil

Garam

Lada sulah

6 ulas bawang putih

Tomato

Keju

CARA PENYEDIAAN

  1. Selepas air garam dididihkan, daging ayam dipotong dadu 1 inci persegi diperisakan dengan 1/2 sudu kecil daun kering oregano, dan basil, sedikit garam dan lada sulah.
  2. Kemudian, masak bersama sedikit minyak selama 3-4 minit. Ketepikan ayam apabila isinya tidak lagi berwarna merah jambu.
  3. Masukkan 227g pasta di dalam air bergaram yang dididihkan tadi. Selepas itu tos pasta. Air garam itu pula disimpan separuh untuk digunakan kemudian.
  4. Panaskan semula kuali tadi, dan masukkan 6 ulas bawang putih untuk disaute. Tambah tomato, garam dan lada sulah sekali. Api dikurangkan agar dapat saute semua bahan itu selama 4-5 minit.
  5. Ambil pasta yang telah ditos tadi untuk dimasukkan ke dalam kuali.
  6. Setelah itu, tambah daun segar basil dan daging ayam yang telah disaute sebelum ia dihidangkan bersama hirisan keju.

CENDAWAN BOLOGNESE

BAHAN-BAHAN

Pasta

Mentega

Bawang putih

Lobak merah

2 batang saderi

454g cendawan

2/3 cawan apple cider

1 2/3 cawan stok sayur-sayuran

425g sos tomato

1 helai daun bay

1 sudu kecil perasa Itali

Garam

Lada sulah

Keju

CARA PENYEDIAAN

  1. Masak pasta bersama air garam didih di dalam periuk sehingga ia capai tahap al dente. Kemudian, toskan.
  2. Di dalam periuk panas yang lain, tambah 2 sudu besar mentega. Kacau hingga ia cair. Setelah itu tambah 1 biji bawang putih dipotong dadu, 1 biji lobak merah dipotong dadu, 2 batang saderi untuk disaute selama 6-8 minit.
  3. Setelah ia kelihatan seperti lembut dan hampir masak, masukkan 4 ulas bawang putih cincang dan 454g cendawan yang dipotong dadu. Masak 4-5 minit hingga cendawan jadi warna keperangan dan sayur semua telah masak.
  4. Masukkan 2/3 cawan apple cider di dalam sayur-sayuran tadi dan kacau. Apabila api sudah cecah suhu didih, renehkan ia selama 2-3 minit sehingga apple cider jadi separuh.
  5. Tambah 1 2/3 cawan stok sayur-sayuran, 425g sos tomato, 1 helai daun bay, 1 sudu kecil perasa Itali, dan secubit rasa garam dan lada sulah. Kacau campuran ini hingga ia reneh.
  6. Kurangkan api, reneh tanpa ditutup periuk selama 10 minit. Selepas itu anda boleh perasakan ia lagi mengikut selera anda sebelum hidangkannya bersama pasta dan hirisan keju.

PENNE ROSA BERSAMA SAYUR-SAYURAN DAN UDANG

BAHAN-BAHAN

Penne pasta

Minyak zaitun

4 ulas bawang putih

1 cubit empingan cili merah

227g cendawan butang

2 biji tomato

Garam

Lada sulah

Bayam

Sos Marinara

Greek yogurt

Udang

Ayam

Keju parmesan

CARA PENYEDIAAN

  1. 1 sudu besar minyak zaitun dipanaskan di dalam kuali bertutup. Tambah 4 ulas bawang putih cincang, dan 1 cubit empingan cili merah. Masak selama 2 minit atau bawang putih mula lembut.
  2. Selepas itu, masukkan 227g cendawan butang, 2 biji tomato saiz tomato yang dipotong, dan sedikit garam dan lada sulah. Masak lagi selama 5 minit atau sehingga cendawan mula berair.
  3. Tambah 4 cawan bayam segar dan tutup kuali dengan penutupnya selama 2 minit. Kemudian, alih tudung itu dan kacau ia bersama 1/2 cawan sos Marinara (sos pasta). Alih periuk dari api dan biarkan ia begitu saja.
  4. Kacau 1/2 cawan Greek yogurt, dan tambah penne. Kacau sampai sos bergaul rata dengan semua pasta dan sayur-sayuran disalutinya.
  5. Didalam kuali lain, boleh masak udang atau ayam yang dipotong dadu.
  6. Kemudian, hidangkan ia bersama pasta dan hirisan keju parmesan.

LASAGNE BAYAM ARTICHOKE

BAHAN-BAHAN

Kepingan lasagne

Minyak zaitun

Bawang merah

1/4 sudu kecil garam

4 ulas bawang putih

Artichoke

340g bayam

2 cawan keju cottage rendah lemak

Garam

Lada sulah

1/2 cawan sos tomato

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun di dalam kuali dengan suhu panas sederhana. Kemudian, masukkan 1 cawan bawang merah yang dipotong dan 1/4 sudu kecil garam. Kacau sehingga bawang jadi lembut dan lut sinar, lebih kurang 4-5 minit. Masukkan 4 ulas bawang putih yang diketuk atau cincang. Kacau selama 30 saat.
  2. Masukkan satu cawan artichoke dan 340g bayam ke dalam kuali. Kacau dan masak dalam masa 12 minit. Kemudian, pindahkan campuran sayur-sayuran ini ke dalam blender, kisar.
  3. Campuran itu dipindahkan ke dalam mangkuk yang mempunyai 2 cawan keju cottage rendah lemak. Letakkan garam dan lada sulah dan gaul sekali.
  4. Sekarang sediakan lasagne dengan meratakan 1/2 cawan sos tomato di atas bekas pembakar. 3 lapisan lasagne di atas dan diselang-selikan dengan sapuan campuran tadi.
  5. Kemudian dipercikkan dengan 1 cawan keju yang dihiris halus. Balut lasagne dengan kertas aluminium. Bakar selama 18 minit. Kemudian buang kertas tersebut, letakkan pada suhu180°C dan teruskan membakar selama 12 minit lagi.
  6. Setelah bahagian atas kelihatan warna keperangan, alihkan ia dari oven dan biarkan lasagne sejuk selama 15 minit.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas