Berita

RM600 juta tambah peralatan, pekerja kontrak KKM

Membiayai pembelian ventilator dan peralatan Unit Rawatan Rapi (ICU), peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan kakitangan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan Covid-19
PETUGAS jururawat diutamakan dalam pengambilan 2,000 kontrak perubatan.
- Diterbit 23 Mac 2020 6:49 AM MYT

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyokong usaha menangani Covid-19 di negara ini.

Muhyiddin memaklumkan, peruntukan itu antara lainnya akan digunakan untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan Unit Rawatan Rapi (ICU), peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan Covid-19.

“Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal itu, kerajaan meluluskan tatacara perolehan secara darurat. Selain itu, peruntukan sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada KKM untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas