Berita

Risteena kini sah isteri Isa Khan

||BERSERI-seri wajah Risteena yang kini sah isteri kepada Isa Khan|
- Diterbit 12 Mac 2021 5:34 AM MYT

DENGAN sekali lafaz, pelakon Risteena sah bergelar Isteri kepada Isa Khan pada pagi Jumaat.

Pasangan selebriti ini dinikahkan oleh ayah pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin kira-kira pukul 10.40 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Risteena menerima mas kahwin RM1000 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh untuk pihak lelaki.

BERSERI-seri wajah Risteena yang kini sah isteri kepada Isa Khan

Dalam majlis tersebut, Risteena atau nama sebenar Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, dan Isa dilihat mengenakan persalinan putih rekaan Ezuwan Ismail.

Majlis tersebut diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan dibuat secara tertutup.

Antara yang hadir ialah keluarga dan teman rapat termasuklah adiknya yang juga pelakon, Ruhainies.

Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu berikutan penularan pandemik COVID-19.

Pasangan berkenaan sebelum ini sudah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia setelah lima bulan berkenalan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas