Berita

RESIPI MAKANAN CINA TARAF LIMA BINTANG

- Diterbit 3 Julai 2021 6:00 AM MYT

MASAKAN Cina mempunyai gaya masakan yang tersendiri, ia sememangnya sedap dan mengekalkan kesegaran bahan yang digunakan dalam masakan. Apatah lagi apabila dihidangkan pula panas-panas di dapur.

Kepada anda yang gemar masakan Cina, berikut Wilayahku berkongsi lima menu istimewa masakan Cina oleh Chef Patrick Ng, Head Chinese Chef, Restoran Cina Tung Yen, Grand Bluewave Hotel Shah Alam yang sedap untuk anda cuba sendiri di rumah.

Jangan risau, confirm halal!

AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU

BAHAN-BAHAN

½ ekor ayam

Air secukupnya

Minyak masak secukupnya

BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU

200 g halia madu

75 g cuka putih

100 g gula

30 g madu

BAHAN UNTUK PERAP

1 biji telur

50 g tepung jagung

Sedikit serbuk ayam

Sedikit sos tiram

Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan apabila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
  2. Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
  3. Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
  4. Untuk memasak hidangan ini, ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
  6. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
  7. Angkat dan sedia dinikmati.

IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW

BAHAN-BAHAN

1 kg ikan kerapu

Air secukupnya

BAHAN SOS TEOH CHEW

100 g sayuran masin dihiris

1 biji tomato belah enam

30 g cendawan hitam dicincang

2 biji cili padi dihiris

5 g halia dihiris

1 biji jeruk plum

500 g sup ayam

60 g serbuk ayam

20 g garam

10 g gula

2 sudu minyak masak

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
  2. Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
  3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
  4. Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
  5. Sedia untuk dinikmati.

DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN

600 g daging rusa

150 g daun bawang dihiris

50 g hirisan halia

30 g bawang putih dicincang

Minyak masak secukupnya

BAHAN PERAP

1 biji telur, ambil bahagian putih sahaja

Sedikit serbuk ayam

Sedikit sos tiram

Sedikit garam

BAHAN B

20 g serbuk ayam

10 g kicap

10 g sos tiram

5 g gula

10 g kicap pekat

CARA PENYEDIAAN

  1. Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit bau harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
  3. Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

HONG KONG CHOY SAM BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN

BAHAN-BAHAN

700 g Hong Kong Choy Sam

200 g isi ayam dikisar

50 g cendawan dihiris

50 bawang putih dicincang

1 sudu sos tiram

1 sudu kicap pekat

1 sudu kicap manis

Sedikit serbuk ayam

Garam dan gula secukupnya

Minyak masak sepenuhnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
  2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
  3. Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
  4. Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia untuk dinikmati.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas