Berita

Annuar arah kawat duri dibuka serta merta

KUALA LUMPUR, 3 Julai -- Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia melakukan kerja-kerja pemasangan kawat berduri di tangga Blok C PPR Kampung Baru Air Panas yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam tadi.
- Diterbit 3 Julai 2021 2:04 PM MYT

SUSULAN pemasangan kawat duri di laluan tangga Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas yang mengundang kritikan seorang arkitek kerana ia boleh mengakibatkan masalah kecemasan, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa telah mengeluarkan arahan agar ia dibuka serta-merta.

Kenyataan beliau yang dimuat naik melalui laman Twitternya pada Sabtu.

“Tidak dibenarkan pasang kawat duri di tangga rumah pangsa kawasan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan).

“Arahan buka serta-merta telah dikeluarkan..harap maklum,” ciapnya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supretendan Ashari Abu Samah dalam satu kenyataan berkata, dakwaan mengatakan pemasangan kawat akan menyukarkan penduduk tidak timbul kerana pihaknya dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh mengalihkannya sekiranya berlaku kecemasan. – WILAYAHKU –

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas