Selebriti

Rela dilempang, itu motivasi – Mzul Helmy

|MZUL Helmy dilempang Ayu Ayuni dalam telefilem Rekah Di Jari Kak Long arahan Shuhaimi Zulkefli. |
- Diterbit 24 November 2021 12:12 AM MYT

PELAKON muda kacak, Mzul Helmy akui pipinya berdenyut selama dua hari setelah dilempang oleh rakan lakon, Ayu Ayuni.

“Sampai hari kedua masih terasa. Selepas kejadian itu, saya terus tuam dengan ais. Setakat ini, tiada lebam cuma rasa sengal-sengal sahaja,” reaksi Mzul berhubung insiden dilempang sekuat hati oleh Ayu Ayuni ketika menjayakan satu babak telefilem Rekah Di Jari Kak Long arahan Shuhaimi Zulkefli.

MZUL Helmy dilempang Ayu Ayuni dalam telefilem Rekah Di Jari Kak Long arahan Shuhaimi Zulkefli.

Bercerita tentang pengalaman julung kali dialaminya itu, Mzul atau nama penuhnya Mohamad Zul Helmi Abdullah, 27, berkata, dia sudah menjangkakan insiden tersebut akan terjadi biarpun berulang kali melakukan rehearsal.

“Walaupun dirancang, tetapi ada pergerakan yang tersilap dan tak disengajakan. Menerusi rakaman video yang tular, itu adalah take pertama.

“Apapun, kejadian macam ini memang sukar nak elak. Lagipun, ia baik untuk karisma pasangan pelakon agar saling mendalami watak yang dibawa.

“Pendek kata, pengalaman sebegini membantu dari segi kemahiran seni lakon dan emosi.

“Nak kata saya serik itu tidaklah, malah memberi saya motivasi untuk terbabit dengan babak seumpama itu pada masa akan datang,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai watak yang digalas, anak jati kelahiran Kulim, Kedah, itu mengatakan, tuntutan emosi lebih berat berbanding watak-watak yang pernah dilakonkan.

“Emosi bercampur aduk, gembira, sedih dan penyesalan, semuanya ada.

“Selain itu, watak agak berat kerana jika berlaku kesilapan kecil akan memberi impak sangat besar kepada watak-watak lain,” tambah Mzul.

Selain dirinya dan Ayu, Rekah Di Jari Kak Long membariskan dua teraju utama iaitu Nazeera Sardi serta Beto Kusyairy.

Telefilem terbitan Early Bird Productions Sdn Bhd itu turut menggunakan khidmat sutradara terkenal, Osman Ali selaku penerbit kreatif. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas