Berita

Tishas Low Carb buka peluang niaga serendah RM50 ketika PKP 3.0

KILANG Tishas berdiri teguh dan berjaya mengeluarkan 40 produk makanan. KILANG Tishas berdiri teguh dan berjaya mengeluarkan 40 produk makanan.
- Diterbit 11 Jun 2021 10:26 AM MYT
TISHAS ketika diawal perniagaan.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pastinya memberi impak besar terhadap ekonomi golongan berpendapatan rendah dan penjaja berikutan kebanyakan mereka kehilangan punca pendapatan termasuk diberhentikan kerja.

Menyedari situasi yang berlaku itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Tishas Food Manufacturing Sdn Bhd, Shamsul Shah Sulaiman tampil membuka peluang perniagaan kepada individu yang berminat menerusi produk baharunya.

Berkongsi kelebihan produknya yang menyasarkan pasaran baru, ujar beliau, syarikatnya mengutamakan makanan sihat untuk rakyat Malaysia dan amat sesuai untuk pesakit kencing manis, kanser dan obesiti serta pengamal diet sihat.

“Kami mahu Tishas Low Carb ini bukan sahaja menjadi satu pilihan makanan tetapi peluang perniagaan kepada mana-mana individu yang terjejas akibat pandemik ini. Mereka boleh mula berniaga sebagai ejen jualan dengan modal permulaan sebanyak RM50 sahaja.

“Produk ini mampu memberi margin keuntungan antara 16 hingga 25 peratus kepada mereka yang menjadi ejen mahupun stokis. Bagi memudahkan ejen, laman web Tishas menyediakan kemudahan e-dagang untuk mereka membuat pembelian terus daripada sistem yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shamsul, ejen dan stokis boleh menguruskan perniagaan dengan lebih tersusun secara percuma melalui Central Management System (CMS) di myshop, tishasfood.com.my.

Katanya, sistem itu juga menyediakan kemudahan untuk membuat tempahan, menguruskan stok, invois, pembayaran, pesanan penghantaran dan point of sales (POS) sekali gus memudahkan mereka yang baru berjinak dalam perniagaan.

“Matlamat kami, selain menawarkan produk halal dalam pasaran, kami juga mengalu-alukan mereka yang terjejas akibat pandemik ini, suri rumah dan juga yang berminat menambah pendapatan, untuk menyertai rangkaian ejen jualan kami di seluruh negara.

“Setakat ini, produk jenama Tishas sudah memasuki pasar raya besar mahupun kecil seperti Giant, Mydin, Jusco, Lulu, Sogo, Village Grocer, B.I.G, ST Rosyam Mart, Sri Ternak, OTK, PDM dan pelbagai kedai Halal Mart seperti Azzain, Dr Zainur, Barakah, Lesong, Ramly Mart dan secara dalam talian seperti di Shopee, Jocom, Go Shop dan Lazada,” tambahnya.

CABARAN YANG DIALAMI

Berkongsi pengalaman getir yang pernah dialami ketika tempatnya mencari rezeki ditutup, Shamsul berkata, dia mula menceburi bidang perniagaan makanan kira-kira 10 tahun lalu walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang tersebut.

Ceritanya, bermula secara kecil-kecilan, dengan hanya gerai murtabak di tepi jalan di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur pada 2012 di samping bekalan duit pampasan kerja, dia memasang impian untuk mengembangkan perniagaan murtabak yang diwarisi dari keluarganya di utara tanah air.

Oleh itu, kata anak jati Pulau Pinang itu, dengan semangat yang tinggi dan berbekalkan modal sebanyak RM90,000 yang berjaya dikumpul sedikit demi sedikit, dia berjaya membina syarikat Tishas sehingga berdiri teguh masa ini.

“Tishas Food Manufacturing telah mengeluarkan lebih 40 produk di bawah jenama Tishas dengan mementingkan kualiti dan produk yang senang disediakan oleh semua peringkat umur.

“Kini, syarikat melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi menerusi penghasilan produk rendah karbohidrat yang disasarkan menjadi produk pilihan nombor satu peminat roti prata di Malaysia dikenali sebagai Tishas Low Carb.

“Lebih membanggakan, Tishas Food turut bekerjasama dengan dua jenama terkenal iaitu Dapur Kak Kek yang diusahakan pelakon terkenal Catriona Ros dan Asianketo terajui bekas pesakit kanser,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas