Berita

Reaksi sambutan kemerdekaan Keluarga Malaysia

23
- Diterbit 4 September 2021 7:00 AM MYT
Fatin Noor Syahirah Hussin, 35 Pegawai media

FRASA keluarga Malaysia membuktikan Perdana Menteri ingin lebih dekat dengan rakyat Malaysia serta mengajak untuk terus bersatu padu dan tidak pentingkan diri dalam memerangi pandemik sebagai contoh Wilayah Persekutuan berjaya mencapai imuniti kelompok dengan sikap tanggungjawab serta tidak pentingkan diri yang diterap dalam diri mereka.”

 

 

 

Areesya Khalim, 23, Graduan

SAMBUTAN kemerdekaan kali ini hanya disambut di rumah namun cukup membuat kami gembira dan berkait dengan keluarga Malaysia, ia adalah suatu pendekatan yang bagus kerana ia dapat memupuk semangat kekitaan antara seluruh rakyat Malaysia tanpa kira bangsa atau agama.”

 

 

 

Emi Marlinda Abdul Razak, 23, Pentadbiran kewangan zakat

MENGGANTUNG bendera Malaysia di halaman rumah antara persiapan yang akan saya lakukan setiap tahun dan fahaman saya tentang keluarga Malaysia, ia bermaksud semua rakyat Malaysia perlu bersatu padu tidak mengira kaum, agama serta titik ideologi yang berbeza atas nama bangsa Malaysia dan perlu bersatu atas dasar bersatu hati, bukan kepada penyelewengan untuk memanipulasi konteks makna ‘Keluarga Malaysia’.

 

 

 

 

Richardson D’Cruz, 54, Eksekutif gudang

ISTILAH keluarga Malaysia yang dibawa Perdana Menteri adalah sesuatu yang baik, saya yakin rakyat Malaysia boleh dan sanggup menjayakan ‘keluarga Malaysia’ ini namun ia perlu disertakan dengan program-program yang bersesuaian agar warga kota dapat memahami konsep sebenar istilah tersebut dan boleh menjadikan zaman 60-an, 70-an yang berjaya membawa rakyat berbilang bangsa ini bersatu sebagai sebuah keluarga Malaysia sebagai rujukan.”

 

 

Chung Fui Theng, 23, Graduan

KESERONOKAN menyambut Hari Kebangsaan kali ini amat berbeza dengan sebelumnya dan pengenalan frasa keluarga Malaysia menarik perhatian saya kerana ia mengajak rakyat Malaysia tidak kira perbezaan warna, bangsa dan agama untuk menghargai persamaan ketepikan perbezaan demi membina semula negara Malaysia dan menyelesaikan masalah pandemik COVID-19.”

 

 

 

 

Amanjyot Singh, 22, Sukarelawan

SAYA percaya frasa keluarga Malaysia itu membawa maksud seluruh rakyat Malaysia diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang akan sentiasa saling membantu tanpa mengira bangsa dan bersama-sama dalam memastikan kita menang melawan pandemik ini dan sempena Hari Kebangsaan kali ini saya harap rakyat Malaysia akan terus bersatu dan harmoni.” -WILAYAHKU- DIANA AMIR

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas