Berita

Reaksi pelajar pulang ke kampus

||||||||||
- Diterbit 25 September 2021 6:00 AM MYT
MUHAMMAD AKMAL HAFIZ MAT PAUZI, 23 , Pelajar UiTM Shah Alam

ALHAMDULILLAH sangat teruja meskipun kemasukan pelajar adalah secara berperingkat dan dari segi persediaan saya sendiri akan mula menjaga kesihatan supaya tidak merisikokan diri serta orang lain.”

 

 

 

 

 

NUR FARRA  ASYIQIN  MOHD RASHIDI, 23, Pelajar Taylor’s University

SEBAGAI pelajar amatlah gembira kerana dapat kembali menggunakan fasiliti di kampus serta lebih produktif dan di IPT saya sendiri, kami boleh pilih sama ada untuk hadir ke kelas secara fizikal atau atas talian.”

 

 

 

 

NUR FAQIHAH MOHD ZUKRI, 21 , Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

SERONOK apabila diumumkan boleh pulang semula kerana sudah mula pulang ke kampus semester lalu untuk sesi makmal namun ditangguhkan dan saya cuba mengulang kaji silibus agar lebih bersedia kerana kelas secara bersemuka perlu lebih banyak komunikasi dan persediaan.”

 

 

 

 

NUR DAMIA ISHAMI ZUNIKA, 23, Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

SAYA kurang yakin memandangkan kes COVID-19 masih tinggi tambahan pula saya takut peristiwa yang sama akan berulang di mana pelajar diarahkan berpatah balik dan terpaksa menanggung risiko kerugian namun saya tetap bersedia fizikal dan mental untuk PdP secara bersemuka untuk lebih fokus dalam suasana pembelajaran dalam norma baharu.”

 

 

 

 

SITI HAJAR MOHAMAT TAHIR, 23, Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

MESKIPUN risau dengan keadaan sekarang, saya teruja untuk kembali bersama kawan-kawan di kampus memandangkan pensyarah dan pelajar di kampus telah lengkap dos vaksinasi jadi itu memberi keyakinan kepada saya bahawa persekitaran di sana akan selamat.”

 

 

 

 

 

 

SYAMIMI FAIZAL, 21, Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

SAYA berasa gementar dan pada masa sama teruja kerana akhirnya berpeluang untuk merasai pengalaman belajar di kampus setelah menghadapi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran secara atas talian selama dua semester. Saya turut risau dengan persekitaran yang bakal dihadapi disebabkan masih baharu di kampus dan masih dalam proses untuk berkenalan bersama rakan baharu.”

 

 

 

AYNAH ARIPIN, 21 , Pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia

SAYA amat teruja selepas mendengar pengumuman berkaitan kemasukan semula pelajar ke IPT, akan tetapi persediaan dari segi mental dan fizikal serta pematuhan SOP amat perlu dititikberat memandangkan kita masih belum bebas sepenuhnya daripada penularan wabak COVID-19.”

 

 

 

SOFIYYAH HANNAH, 18, Pelajar UiTM Dengkil

“PADA pendapat saya, pihak IPT sewajarnya meneruskan pembelajaran secara dalam talian kerana dikhuatiri akan menambahkan risiko jangkitan apabila terdapat pelanggaran SOP dan pergerakan pelajar yang tidak terkawal. Namun begitu, bagi pelajar yang mempunyai masalah internet dan kediaman yang kurang kondusif, mereka dibenarkan untuk pulang ke kampus bagi membantu menghadiri kelas secara atas talian.”

 

 

 

BALQIS KADIRAN, 18, Pelajar Kolej Matrikulasi Johor

SAYA berasa lega apabila KPT mengumumkan kemasukan semula pelajar ke kampus masing-masing kerana bagi saya pengajaran dan pembelajaran atas talian sukar difahami selain mempunyai masalah rangkaian internet yang kurang stabil semasa berada di rumah.”

 

 

 

HAJAR NOR HALIM, 21

SAYA ucapkan terima kasih kepada pihak KPT atas kebenaran yang diberikan kepada semua mahasiswa. Semoga jalan ini akan memajukan lagi institusi pengajian tinggi di nusa kita yang tercinta ini.” – WILAYAHKU – DIANA AMIR 

 

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas