Berita

EMPAT RESIPI KUIH TRADISIONAL POPULAR

||||
- Diterbit 25 September 2021 2:30 AM MYT

HAI semua! Edisi kali ini akhbar Wilayahku ingin kongsikan menu juadah enak hidangan kuih tradisional buat semua penggemar kuih-muih. Sama ada dimasak sendiri atau dibeli, kuih-muih ini pasti mencuri perhatian.

Semarakkan minum petang anda dengan aneka kuih yang enak-enak ini. Jom cuba resipi di bawah ini!

KUIH KOCI

BAHAN INTI

1 biji kelapa parut

½ cawan gula kabung

1 cawan gula pasir

½ cawan air

CARA PENYEDIAAN INTI

  1. Gaul semua bahan inti di dalam kuali dengan api sederhana.
  2. Kacau inti sehingga separa kering. Angkat dan ketepikan.

BAHAN KOCI

1 bungkus tepung pulut

2 mangkuk santan

½ sudu teh garam

Daun pisang secukupnya

CARA PENYEDIAAN KOCI

  1. Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam.
  2. Jadikan doh lembut dan boleh dibentuk.
  3. Bentuk adunan dan isi inti di tengah-tengah. Tutupkan doh dan celup ke dalam santan masak. Ulang sehingga doh dan inti habis.
  4. Panaskan kukusan dan bungkus kuih koci dengan daun pisang. Kukus kuih koci selama 20-30 minit.
  5. Angkat dan hidangkan.

KUIH LOPES

BAHAN-BAHAN

2 cawan beras pulut

Beberapa titis pewarna hijau

½ sudu kecil air kapur

5 helai daun pandan

2 cawan santan cair

½ sudu kecil garam

Kelapa parut

CARA PENYEDIAAN

  1. Beras pulut dicuci dan direndam bersama pewarna hijau serta air kapur.
  2. Kisar daun pandan dengan ½ cawan air. Ambil jusnya. Ketepikan.
  3. Toskan beras pulut. Letak atas loyang. Masukkan santan, garam dan air pandan dan gaul sebati.
  4. Kukus sehingga santan kering. Kacau rata supaya beras pulut masak rata. Sejukkan.
  5. Ambil daun pisang. Layurkan sekejap. Bungkus beras pulut dalam daun pisang ikut bentuk yang disukai.
  6. Susun dalam periuk pengukus dan kukus sekali lagi selama 15 minit.
  7. Keluarkan dan gaul dengan kelapa parut.

BAHAN AIR GULA MELAKA

3 ketul gula Melaka

5 sudu besar gula pasir

3 cawan air

2 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN AIR GULA MELAKA

  1. Satukan semua bahan dan masak sehingga larut.
  2. Tapis.

PULUT PANGGANG

BAHAN-BAHAN

1 kg beras pulut

1 liter santan cair

Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

  1. Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
  2. Biarkan masak dan ketepikan.

BAHAN INTI

Minyak masak

2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

50 gram udang kering

2 sudu makan cili boh

½ biji kelapa parut

1 sudu makan serbuk jintan manis

1 sudu makan serbuk jintan putih

1 batang serai

1 cm lengkuas

1 cm kunyit

1 cm halia

Garam secukup rasa

Daun pisang

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.
  3. Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.
  4. Angkat dan biarkan seketika.
  5. Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.
  6. Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.
  7. Bakar sehingga masak. Sedia untuk dimakan.

KUIH GETAS

BAHAN-BAHAN

½ biji kelapa parut

2 cawan tepung pulut

½ cawan tepung gandum

1 cawan air

1 sudu teh garam

BAHAN SIRA

½ cawan gula

½ cawan air

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan kelapa parut, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas.
  2. Masukkan garam, gaul.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga jadi doh.
  5. Bentukkan doh.
  6. Goreng dengan api sederhana. Angkat dan ketepikan.
  7. Masak bahan sira dalam kuali hingga betul-betul pekat.
  8. Masukkan kuih yang siap digoreng. Kacau sehingga kering.
  9. Sedia untuk dihidang. – WILAYAHKU – SABRINA SABRE
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas