Berita

Lagu ‘Malaysia Prihatin’ juara pertandingan Hari Malaysia

Juara pertandingan cipta lagu Hari Malaysia yang dimiliki oleh
- Diterbit 25 September 2021 6:00 AM MYT

KUMPULAN PH4SE 4 dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan mencipta lagu sempena Hari Malaysia anjuran LABUANfm secara dalam talian, baru-baru ini.

Lagu berjudul ‘ Malaysiaku Prihatin’ hasil ciptaan Isa Julkip itu memenangi hadiah hadiah wang tunai sejumlah RM5,000.

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan FUSH 21 dengan lagu ‘Prihatin Demi Cinta Pada Negara’ dan disusuli lagu ‘Prihatin Selamanya’ nyanyian Shafie, Yahya dan Wani’ma di tempat ketiga.

Kumpulan FLUSH 21 memenangi tempat kedua.

Menurut Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd, pertandingan ini merupakan platform untuk memberi peluang dan ruang kepada peserta mempamerkan bakat penciptaan lagu dan lirik serta menghasilkan karya-karya berkualiti tinggi.

“ Menyemarakkan semangat patriotik, cintakan negara dan memupuk perpaduan kaum dan etnik menerusi kerjasama erat sepanjang proses penciptaan lagu dan menghasilkan persembahan,” katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad lalu.

Beliau berkata makna kemerdekaan harus dihayati dalam kalangan masyarakat agar terus berusaha untuk mengekalkannya dan bersyukur atas nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sehingga kini.

Selain itu, katanya program terbitan Mcallister Michael itu merupakan julung kalinya dilaksanakan dengan norma baharu.

Aminah berkata, menerusi penggunaan media sosial sebagai medium platform siaran diharapkan dapat merentasi sempadan menemui khalayak di mana sahaja berada sama ada di Malaysia mahupun di luar Negara. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas