Berita

Reaksi Kuala Lumpur capai imuniti kelompok

IBU negara berjaya mencapai imuniti kelompok selepas 80 peratus penduduk dewasa melengkapkan pelalian.
- Diterbit 20 Ogos 2021 6:00 AM MYT
JUNAINAH HARUN, 50
Guru

“SAYA bersyukur apabila Kuala Lumpur telah berjaya mencapai imuniti kelompok kerana sudah rindu dengan suasana hiruk pikuk bandaraya. Kuala Lumpur adalah pusat utama ekonomi, sosial dan budaya perlu bebas daripada wabak COVID-19 dan peratusan imuniti yang tinggi mampu membantu menyelamatkan nyawa dan mengekang penularan virus.”

 

 

 

MUHAMMAD HARIZ SAFWAN, 22
Pelajar

“PENCAPAIAN ini amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh warga Kuala Lumpur. Kami sebagai penduduk di bandar berpusat ini terjejas daripada pelbagai sudut dan berasa takut akan kes yang semakin meningkat pada saban hari. Penduduk juga pasti lebih yakin dan berani dalam meneruskan rutin harian mereka. Saya meminta individu yang masih belum divaksin haruslah berani dan tampil menunaikan tanggungjawab anda dalam menyertai program vaksinasi ini demi keselamatan kita dan orang tersayang.”

 

 

IDA FATIHA HARUN, 39 Penolong Pegawai Belia dan Sukan

“SEKALUNG tahniah diucapkan kepada Kuala Lumpur kerana telah berjaya mencapai sasaran imuniti 80 peratus. Saya berharap agar pemberian vaksin bagi negeri-negeri lain juga dapat disegerakan. Secara tidak langsung kita dapat mengurangkan jangkitan kontak rapat dalam kalangan komuniti. Semoga negaraku Malaysia akan terus bebas daripada wabak COVID-19 ini.”

 

 

 

 

NURIN AMIRA, 23 Graduan

“SEKTOR-SEKTOR ekonomi boleh beroperasi seperti biasa dan berperingkat serta masalah pengangguran juga dapat diatasi. Pencapaian imuniti kelompok ini telah dibuktikan oleh rakyat Malaysia kerana mereka peka terhadap keperluan dan keberkesanan vaksin ini untuk mengekang jangkitan COVID-19 ini.” – WILAYAHKU – SABRINA SABRE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas