Berita

Reaksi Glamping@Wetland (GL@W), Putrajaya

22
- Diterbit 13 Disember 2021 5:00 AM MYT
MUHAMMAD AZAN SALZIALI, 22, Bahagian Pengurusan Gl@W Glamping

SEBAGAI pekerja disini, saya berharap agar tempat ini akan dikunjungi ramai bukan sahaja orang Putrajaya malah di negeri lain
juga. Tempat ini sangat strategik dan selesa untuk sesiapa yang ingin merasai ketenangan dan mendapatkan keindahan alam.”

 

 

 

 

 

MUZAMMIL HAFIZ, 31, Jurukamera

“KEMUDAHAN dan fasiliti yang disediakan oleh pihak pengurusan sangat mencukupi dan mereka amat menitikberatkan aspek kebersihan terutama di sekitar kawasan perkhemahan, ruangan makan dan tandas.”

 

 

 

 

 

MUNIRAH NURUL AMIN, 40, Pembantu Peribadi Swasta

“HIASAN dalaman yang cuba diketengahkan adalah bertepatan dengan tema glamping serta keluasan khemah yang dapat memuatkan dua hingga empat dewasa.”

 

 

 

 

 

 

FAUZI SALIM, 35, Jurukamera Sambilan

“BAGI sesiapa yang ingin mendapatkan suasana hutan, saya cadangkan anda datang dan rasai sendiri pengalaman menginap di dalam glamping serta melakukan pelbagai aktiviti seperti ATV ride, night walk, persembahan api serta melihat tumbuh-tumbuhan yang diusahakan oleh MARDI dan pihak PPj.”

 

 

 

 

 

AUDI MOHD NOR, 32, Penjawat Awam

“MAKANAN yang disediakan di sini adalah terbaik dan pengunjung tidak perlu bimbang kerana pakej harga yang ditawarkan termasuk
sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.”

 

 

 

 

ABDUL HALIM BERAHIM, 55, Penguatkuasa Bahagian Pematuhan SOP.

“ SETIAP pengunjung yang datang ke sini perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerana pihak penguat kuasa akan melakukan rondaan secara berkala.” – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas