
“BANTUAN ini boleh dilihat dari perspektif kesihatan mental juga. Secara amnya, bagi pelajar bantuan yang diberikan mencukupi berikutan keadaan ekonomi yang agak buruk masa ini. Ia juga umpama bonus kerana bantuan dapat digunakan untuk membeli kad tambah nilai telko yang menjadi keutamaan bagi mereka.”

“BANTUAN e-wallet itu dapat digunakan bukan sahaja untuk membeli barang keperluan malah ia juga dapat digunakan untuk keperluan lain. Bantuan RM150 yang diberikan kepada pelajar sudah mencukupi walau bagaimanapun penggunaan duit tersebut adalah terhad di mana ia tidak dapat membantu untuk membayar bil bulanan.”

“PADA saya, insentif ini sangat membantu golongan belia yang sedang melanjutkan pengajian di universiti terutama mereka yang berada dalam kalangan B40. Dengan bantuan kemudahan digital seperti e-wallet, ia juga dapat memudahkan mereka membeli barangan keperluan pengajian di samping membantu pelajar untuk menjalani pembelajaran secara atas talian.”

“SAYA berasa terharu di atas keprihatinan kerajaan terhadap golongan bujang terutamanya dalam kalangan B40. Bantuan ini dilihat dapat membantu penganggur atau belia yang terkesan seperti tidak dibayar gaji atau dibuang kerja untuk menambah ‘duit poket’ sepanjang PKP. Namun, melihat kepada keadaan ekonomi masa kini, jumlah yang diberikan adalah sedikit untuk menyara kehidupan sepanjang ‘lockdown’ dilaksanakan.”

“BAGI saya, kerajaan sudah melakukan inisiatif terbaik dengan menghulurkan bantuan sewaktu PKP dan ia sekali gus mengurangkan beban terutama golongan bujang dari segi perbelanjaan pada waktu ini. Jadi saya rasa, bantuan ini sedikit sebanyak membantu mereka.”

“BERDASARKAN pemerhatian saya, kebanyakkan golongan bujang tidak berada di bawah tangunggan ibu bapa jadi dengan insentif seperti ini dapat membantu mereka yang terjejas dari aspek kewangan serta kos sara hidup.” -WILAYAHKU – HAZIRAH HALIM