Artikel

Rasai keselesaan tiada tandingan di The Everly Putrajaya

PERCUTIAN yang penuh ketenangan di dalam bilik Executive Suite.
- Diterbit 7 November 2019 6:59 AM MYT

Oleh AINI MAWAWI
[email protected]

PUTRAJAYA merupakan salah satu destinasi pelancongan yang amat popular dalam kalangan pelancong serta pelancong asing. Tarikan utamanya adalah seni bina bangunan serta keindahan landskap yang memukau pandangan.

Bandar Dalam Taman ini sentiasa menerima kunjungan ramai saban hari. Keseronokan melancong ke sini pasti meninggalkan memori indah kerana terdapat banyak destinasi menarik yang dapat diterokai.

Justeru, bagi anda yang berhasrat untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya, menginap di hotel The Everly, Putrajaya adalah satu keputusan yang bijak kerana kedudukannya yang strategik serta bakal memudahkan penerokaan anda.

THE EVERLY, PUTRAJAYA

Berada di tengah-tengah kawasan Putrajaya, The Everly terletak berhampiran dengan bangunan kerajaan dan bersebelahan dengan pusat membeli-belah yang tidak asing lagi di sini iaitu Alamanda.

Mempunyai 380 buah bilik, kesemuanya berhadapan dengan bangunan kerajaan yang hebat dengan seni binanya yang tersendiri serta menghadap ke kawasan tasik Putrajaya yang saujana mata memandang.

Terdapat pilihan bilik yang selesa di sini antaranya Deluxe King, Deluxe Twin, Executive Suite yang luas. Bagi anda yang datang bersama kaum keluarga yang besar, bilik penghubung juga turut disediakan.

Jika ingin mengadakan sesi mesyuarat atau majlis-majlis keramaian, hotel ini mempunyai ruang dewan serta bilik mesyuarat yang luas. Dengan kapasiti 1,800 orang untuk satu-satu masa sudah tentunya kawasan ini cukup selesa.

Pihak hotel juga turut menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan serta seminar dengan harga yang amat berpatutan bagi mereka yang berhasrat untuk mengadakan majlis tersebut di The Everly.

ANEKA juadah pencuci mulut yang menyelerakan.

Jika perut anda berkeroncong, singgah sahaja di Fuze Restaurant serta Neuvo Cafe untuk menikmati pelbagai jenis makanan tempatan mahupun barat.

Fuze Restaurant beroperasi dari pukul 6.30 pagi hingga 10.30 malam sementara Nuevo Cafe pula bermula 11 pagi hingga 11 malam.

Perkhidmatan gimnasium komersial, Jumpa D’ Gym, yang memiliki peralatan bersenam yang canggih serta lengkap dengan kelas latihan berkumpulan antaranya yoga, zumba, body combat turut disediakan di hotel ini bermula pukul 6.30 pagi hingga 11 pagi.

JUMPA D’Gym menyediakan peralatan senaman yang canggih.

Antara kemudahan lain yang turut disediakan di sini adalah kolam renang, kelas berenang, basikal untuk disewa serta kursus bekerja dalam kumpulan (team building).

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas