Berita

Rangkaian sumber makanan dibenarkan operasi

RANGKAIAN makanan dibenarkan beroperasi. - Gambar hiasan
- Diterbit 24 Mac 2020 8:36 AM MYT

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sr TPr. Annuar Musa menengaskan, pihak yang terlibat dalam rangkaian sumber makanan kepada negara dibenarkan beroperasi termasuk lori penghantaran sayur-sayuran dari Cameron Highlands, Pahang.

Ini kerana ujar beliau, masih terdapat kekeliruan tentang sektor dan industri yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan.

Sehubungan itu, jelasnya, pekerjaan yang berkait dengan industri dan sektor makanan negara termasuklah ladang, racun, benih, penanaman dan pemprosesan mesti diteruskan.

“Saya menerima aduan berikutan Pasar Borong Selayang menghalang lori sayur dari Cameron Highlands untuk menghantar bekalan dan menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik ke Cameron Highlands.

“Rakyat mesti makan dan kerajaan perlu memastikan bekalan makanan mencukupi, walaupun dalam tempoh ‘partial lockdown’ ini, pergerakan rangkaian industri berkenaan mesti diteruskan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Annuar juga menyeru orang ramai yang sihat supaya tidak menggunakan topeng muka kerana ia hanya dipakai petugas barisan hadapan, individu yang mengalami gejala bersin dan batuk, penjaga serta pesakit Covid-19.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus menyelesaikan kekeliruan yang berlaku. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas

BERITA SEMASA