Jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling dipindahkan
MASJID Seri Petaling, Kuala Lumpur

Jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling dipindahkan

KUALA LUMPUR – Beberapa jemaah tabligh yang berada di Masjid Seri Petaling di sini dipindahkan ke pusat kuarantin yang disediakan dengan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bermula semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, fasa pertama pemindahan itu melibatkan 132 tahfiz dan 114 orang petugas daripada agensi terlibat.

“Ini amat membimbangkan. Semalam, kita pindahkan yang sihat ke tempat lain di pusat kuarantin antaranya Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Duta.

“Di pusat kuarantin itu, semua kemudahan disediakan termasuk makan dan minum untuk tempoh yang ditetapkan sebelum mereka discaj,” katanya dalam sidang akhbar khas selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan (JKKKN WP) hari ini.

Jelas Annuar, tindakan itu diambil susulan peningkatan individu yang terkena jangkitan wabak Covid-19 meningkat tinggi daripada kluster berkenaan di samping memastikan keselamatan serta menyempurnakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya lebih berkesan. – WILAYAHKU

CATEGORIES