Berita

Rahsia wajah mulus di Yoyoy Kamphora Spa

YOYOY SPA
BILIK yang kemas dan selesa disediakan untuk pengunjung Yoyoy Kamphora Spa.
- Diterbit 26 September 2019 10:41 AM MYT

Oleh AINI MAWAWI
[email protected]
Foto NAZIRUL ROSELAN

RAMAI wanita yang mengidamkan kulit wajah yang cantik dan mulus. Pelbagai cara sanggup dilakukan malah kebanyakan mereka juga tidak kisah berbelanja besar untuk merealisasikan impian tersebut.

Pun begitu di zaman serba moden ini, semuanya mudah didapati malah di luar sana terdapat banyak spa kecantikan yang boleh dikunjungi untuk tujuan tersebut. Salah satunya Yoyoy Kamphora Spa yang terletak di Ayer 8, Putrajaya.

Menawarkan pelbagai rawatan kecantikan daripada hujung rambut hingga hujung kaki, Ratu Rupawan Treatment merupakan antara pakej yang menjadi pilihan pelanggan yang hadir di spa ini.

Menurut Pengarah Yoyoy Kamphora Spa, Nurul Huda Saparudin, rawatan tersebut membantu mencerahkan kulit wajah, melembap dan sekaligus menyamaratakan tona kulit agar ia kelihatan berseri-seri.

“Masalah yang sering dihadapi oleh wanita adalah kulit kusam. Untuk meremajakan ia semula, Ratu Rupawan Treatment adalah jawapannya. Gabungan kolagen, aloe vera serta totok wajah membantu menaikkan seri.

RAWATAN kulit muka yang ditawarkan di Yoyoy Kamphora Spa.

“Kita perlu merawat kembali kulit dari dalam agar ia kembali sihat dan sekali gus terserlah di wajah. Selain itu, dengan rawatan vitamin C juga, kulit akan menjadi lebih anjal dan bebas daripada pigmentasi,” ujarnya.

Dengan serendah RM390 untuk sesi pertama kali rawatan, ia amat berbaloi jika dibandingkan dengan rawatan yang sama di pasaran. Namun bagi kesan yang lebih menyerlah, pelanggan disarankan untuk melakukan sehingga 10 kali sesi rawatan.

Merupakan antara spa kecantikan yang kukuh di Malaysia dengan lebih lima rangkaian di seluruh negara sejak 2012, pelanggan pasti berpuas hati dengan rawatan yang dilakukan oleh ahli terapi kecantikan yang berpengalaman.

Selain daripada perawatan wajah, pelanggan juga disajikan dengan pelbagai rawatan lain untuk kesegaran tubuh badan seperti urutan tradisional, terapi anti tekanan, mandi bunga, sauna, bekam dan sebagainya.“Bekerja sehingga tempoh sembilan jam dan kadangkala melebihi tempoh tersebut mampu mengundang keletihan, kerana itu tidak kurang juga ramai pelanggan kami yang memilih untuk berurut.

“Urutan tradisional Melayu misalnya dapat
meredakan ketegangan urat, melancarkan pengaliran darah dan seterusnya menyegarkan kembali tubuh badan yang lesu. Seperti yang kita sedia maklum, dengan urutan selama 45 minit, sistem imun badan manusia bertambah baik,” ujarnya.

Katanya lagi, rawatan di spa yang dilakukan dalam keadaan santai dapat melegakan kekejangan otot dan fikiran yang berserabut. Justeru ia merupakan salah satu alternatif yang dapat merehatkan minda.

Menurutnya lagi, kaedah berbekam juga mendapat permintaan ramai pelanggan yang mana proses rawatan tradisional mengeluarkan darah kotor melalui kulit ini mampu menyingkir toksik dalam tubuh.

Terdapat juga pakej-pakej rawatan menarik yang menjadi tumpuan antaranya, lulur, rawatan aromaterapi lingkaran mata serta pakej istimewa bagi bakal pengantin, bakal ibu dan wanita dalam pantang.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas