Rachel Arnold tunai janji genggam pingat emas

Rachel Arnold tunai janji genggam pingat emas

KUALA LUMPUR – Ternyata hasrat Rachel Arnold untuk mengenggam pingat emas pada edisi Sukan SEA kali ini tercapai walaupun pernah tewas pada temasya sama dua tahun lalu.

Pemain skuash berusia 23 tahun ini berkata, dia sentiasa positif dan mengekalkan rasa yakin supaya prestasi yang dipamerkan konsisten.

“Saya sentiasa konsisten cuma ada ketika agak turun naik sedikit apabila melakukan beberapa kesilapan berturut-turut,” ujarnya.

Hasrat Rachel menjadi kenyataan apabila berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan wanita di Sukan SEA ke-30 di Manila Filipina setelah berjaya menewaskan seorang lagi pemain negara Chan Yiwen.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur ini berjaya meraih pingat emas apabila berjaya menundukkan Chan Yiwen dengan 11-9, 11-7 dan 11-3 dalam aksi final di Kelab Polo Manila.

“Saya gembira dengan kemenangan ini, satu perlawanan yang sukar kerana dia sentiasa menentang dalam setiap perlawanan tetapi saya gembira dengan kemenangan ini,” katanya.

Sebagai rekod, Rachel pernah memenangi pingat emas pada edisi 2015 di Singapura dan pada edisi di Kuala Lumpur pada dua tahun, Rachel sekadar meraih pingat perak.

Sementara itu, dalam kate­gori perseorangan lelaki, seorang lagi pemain negara, Addeen Idrakie turut memenangi pingat emas apabila berjaya menewaskan pemain tuan ruman, Robert Garcia dengan 11-7, 3-11, 11-9 dan 11-5 dalam aksi akhir.

CATEGORIES

COMMENTS