Berita

Putrajaya jadi tumpuan kaki pancing

SEKITAR suasana Festival Memancing yang diadakan di Pusat Rekreasi Air, Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 4 Jun 2023 6:00 AM MYT

FESTIVAL MEMANCING. Putrajaya Lake Recreation Centre (LRC) menjadi lokasi tumpuan pemancing pada 27 sehingga 28 Mei yang lalu bersempena dengan Festival Fishing Kayak Casting 2023.

Festival yang julung kali diadakan itu terhad kepada 50 peserta terawal yang mana pertandingan kayak casting telah bermula seawal pukul 8 pagi sehingga 1 tengah hari.

Ikan toman seberat 3.7 kilogram (kg) telah mengangkat pemancing, Ikram sebagai Johan Festival Fishing Kayak Casting 2023. Selain itu, ikan baung, sebarau dan haruan juga turut tersenarai dalam hasil tangkapan peserta.

Johan bagi pertandingan memancing membawa pulang wang tunai RM500 berserta hamper; naib johan RM300 dan hamper; tempat ketiga RM200 dan hamper manakala tempat keempat dan kelima turut menerima hamper dan wang tunai RM100.

Sebagai rekod, LRC merupakan satu-satunya kawasan di Putrajaya yang dibenarkan memancing. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas