Putrajaya 2020 galak komuniti amal gaya hidup hijau
AMINUDDIN (kanan) bersama pemenang kategori Penjimatan Elektrik.

Putrajaya 2020 galak komuniti amal gaya hidup hijau

PERBADANAN Putrajaya (PPj) mengadakan Majlis Anugerah Inisiatif Hijau Putrajaya 2020 (AIH Putrajaya 2020) sebagai penghargaan kepada peserta pertandingan berkonsepkan gaya hidup hijau.

Pada majlis itu, pemenang pertandingan bagi setiap kategori yang dipertandingkan  membawa pulang wang tunai berserta sijil penyertaan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden PPj, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Turut hadir, Naib Presiden Jabatan Perancangan Bandar PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud; Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dr Khairul Nizam Othman serta Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa PLANMalaysia, Dr Alias Rameli.

Terdahulu, AIH Putrajaya 2020 berlangsung pada 5 Mei hingga 9 Jun bertujuan untuk mencungkil idea dan kreativiti warga Putrajaya menerusi penghasilan video pendek mengenai amalan gaya hidup sihat serta penjimatan tenaga, air serta pengurusan sisa pepejal.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu merupakan pendekatan terbaru yang dilaksanakan PPj dalam mendidik komuniti untuk terus mengamalkan 3R (reduce, reuse, recycle).

CATEGORIES