Berita

Pusat bandar utara Kuala Lumpur jadi PKPD keenam

PKPD dilaksanakan di Pasar Borong Selayang.
- Diterbit 20 April 2020 7:19 AM MYT

PUTRAJAYA – Lapan lokaliti di sekitar pusat bandar utara Kuala Lumpur dan Pasar Borong Selayang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam bermula hari ini hingga 3 Mei depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lapan lokasi itu melibatkan Jalan 6/3a, Jalan 6/3a dan Jalan 9/3a, Jalan 2/3a di pusat bandar utara Kuala Lumpur.

Kata beliau, selebihnya adalah merangkumi
2/3a, pusat bandar Kuala Lumpur, Taman Sri Murni fasa satu hingga di Jalan 1/2d dan Jalan 1/2b serta Taman Batu View dan Taman Batu Hampar.

“PKPD keenam ini diputuskan atas nasihat Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr. Adham Baba) dalam membendung Covid-19.

“Justeru, kita semua bertenang, duduk di rumah dan jangan lari yang mengakibatkan penyebaran Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan supaya orang ramai yang memerlukan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi bilik gerakan PKP Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di talian 03-40267222 dan pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482212.

Mengulas lanjut, Ismail menjelaskan Pasar Borong Selayang tidak ditutup sepanjang tempoh PKPD tersebut.

“Kawasan perumahan sahaja ditutup kerana ramai rakyat Rohingya yang memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di kawasan tersebut,” katanya.

Berdasarkan rekod, PKPD masih dijalankan di empat lokasi lain iaitu Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Johor; Menara City One, Jalan Munshi Abdullah dan Bangunan Selangor Mansion serta Malayan Mansion di Jalan Masjid India selain sekitar Masjid India sehingga 28 April.

Bagaimanapun, PKPD yang sebelum ini dilaksanakan di Batu 21 hingga 23, Sungai Lui, Hulu Langat ditamatkan 14 April lalu meliputi tujuh perkampungan Melayu dan dua perkampungan Orang Asli.

Namun dua lokaliti di kawasan tersebut yang dilanjutkan PKDP sehingga 28 April depan Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas