Berita

PPZ-MAIWP dekati golongan muda melalui Kejohanan E-Sports

MOHAMMED (berdiri, kanan) melihat aksi peserta Kejohanan E-Sports Playerunknown's Battlegrounds Mobile Sahabat Zakat 2019 di Dewan Al-Qardawi PPZ-MAIWP di sini.
- Diterbit 6 Oktober 2019 2:23 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat-MAWIP (PPZ-MAIWP) hari ini menganjurkan Kejohanan E-Sports Playerunknown’s Battlegrounds Mobile Sahabat Zakat 2019 di Dewan Al-Qardawi PPZ-MAIWP di sini.

Kejohanan yang disertai 64 individu daripada 16 kumpulan itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada golongan anak muda supaya lebih mengetahui tentang kewajipan berzakat di samping mengeratkan silaturahim antara Sahabat Zakat.

Pengurus Besar Bahagian Operasi, Mohammed Hassan berkata, program yang diadakan itu juga merupakan satu medium dakwah santai yang diusahakan PPZ-MAIWP dalam meningkatkan bilangan pembayar zakat.

“Program ini khusus untuk golongan remaja, kita mahu dekati mereka yang juga Sahabat Zakat.

“Kita berharap daripada usia muda ini mereka menunaikan zakat selain menjadi ejen menyebar dakwah zakat ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas