Berita

MPPA JUARA FUTSAL TNB-MEDIA

AKSI gembira Pasukan MPPA selepas muncul juara pada kejohanan Futsal TNB-MEDIA 2019.
- Diterbit 5 Oktober 2019 10:47 PM MYT

KUALA LUMPUR: Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) muncul juara Kejohanan Futsal TNB-Media 2019 selepas menewaskan Utusan Malaysia 2-0 dalam final di gelanggang futsal Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bangsar di sini semalam.

MPPA menjulang trofi dan menerima wang tunai RM2,000 manakala Utusan Malaysia membawa pulang wang tunai RM1,500.

Di tempat ketiga dan keempat pula, masing-masing milik Sinar Harian dan TV3.

Program dirasmikan Ketua Pegawai Korprorat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman. Hadir sama Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek merangkap Yang DiPertua Kelab Kilat Kuala Lumpur dan Ketua (Newsroom) TNB, Mohd. ‘Arshi Mat Daud.

Sebanyak 15 pasukan pengamal media menyertai kejohanan anjuran TNB dengan kerjasama Kelab Kilat Kuala Lumpur.

Pasukan lain yang turut mengambil bahagian ialah Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times, BERNAMA, Bernama News Channel, Radio Televisyen Malaysia (RTM), The Sun, Astro Awani, Malaysian Gazette dan Pertubuhan Media Tamil Malaysia.

Penganjuran acara futsal kali ini diadakan bersempena Bulan Sukan Negara yang disambut sepanjang Oktober ini.

Acara tahunan ini merupakan salah satu platform TNB memperkukuhkan lagi hubungan baik sedia ada dengan pengamal-pengamal media. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas