Berita

PPj tidak campur tangan urusan dalaman kontraktor

PUTRAJAYA Sentral.
- Diterbit 11 Jun 2020 8:36 AM MYT

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak akan mencampuri urusan dalaman di antara syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Travel And Tours Sdn Bhd (PAPTT) yang berkaitan dengan isu pembayaran kontrak kepada sub kontraktor pembersihan yang dilantik syarikat tersebut.

Dalam satu kenyataannya hari ini, PPj menjelaskan bahawa kaedah pembayaran kepada PAPTT selaku kontraktor utama adalah secara ‘reimbursable’.

“Ia adalah tuntutan semula yang dibuat PAPTT kepada PPj bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan dengan sempurna di tapak,”

“Bayaran juga telah di buat oleh PAPTT kepada sub kontraktor di bawahnya ,” katanya

Menurut PPj, berdasarkan rekod, tuntutan terakhir yang dibuat oleh PAPTT kepada PPj adalah untuk kerja-kerja yang telah dilaksanakan bagi bulan Januari dan Februari 2020.

“Tuntutan tersebut dikemukakan oleh PAPTT kepada PPj pada bulan April 2020.

“Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak PPj tetap memproses dan membuat semakan kepada tuntutan tersebut dan pembayaran telahpun dibuat kepada PAPTT pada pertengahan bulan Mei 2020,”

“Justeru, setakat ini tiada tunggakkan bayaran di antara PPj dengan PAPTT berdasarkan pengemukaan tuntutan bayaran oleh PAPTT,” katanya.

Sehubungan itu, tegas PPj, permasalahan yang dibangkitkan oleh pengadu di media sosial bertarikh 3 Jun 2020 adalah di bawah tanggungjawab pihak PAPTT dan perlu dibincangkan di antara PAPTT dengan sub kontraktor yang dilantik olehnya.

“Sebagai pemilik premis, PPj bertanggungjawab dalam menyemak dan memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh PAPTT selaku kontraktor utama memenuhi spesifikasi dan petunjuk prestasi yang ditetapkan,” katannya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas