Berita

PPj anjur pertandingan cipta logo sambutan Jubli Perak Putrajaya

- Diterbit 29 November 2019 7:01 AM MYT

PERBADANAN Putrajaya akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo Sambutan Jubli Perak Putrajaya dengan Tema ‘Putrajaya Gemilang 25 Tahun’.

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan penyertaan adalah percuma. Peserta boleh menghantar satu penyertaan sahaja dan rekaan mestilah asli serta tidak pernah digunakan dalam mana-mana pertandingan atau digunakan bagi tujuan lain.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Disember 2019.

Kepada mereka berminat, penyertaan boleh dihantar melalui emel: [email protected] dengan menyertakan maklumat nama penuh, nombor kad pengenalan, jantina, alamat, nombor telefon dan emel.

Bagi pertanyaan dan syarat-syarat serta spesifikasi reka bentuk pertandingan boleh hubungi Sekretariat Sambutan Jubli Perak Putrajaya di talian 03-88877583/ 03-8887 7033 atau emel: [email protected] atau [email protected]

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas